Tuesday, November 24, 2009

kisah kesayanganku (?)

budak2 sekolah dikehendaki mengisi borang Sistem Maklumat Murid untuk data sekolah. ada seorang budak ni, lambat hantar borang jadi dia pun dgn cuaknya bawak borang tersebut bertemu guru kelasnya. and it happened i was there, next to the class teacher.
murid: cigu, nie (sambil menyerahkan borang tersebut)
guru: (mengambil seraya menyemak borang tersebut~guru terhenti sejenak di bahagian bilangan ahli keluarga)
adik beradik kamu 10 orang?
murid: (mengangguk)
guru: ni nombor kad pengenalan bapa kamu kenapa tak isi?
(murid hanya memandang)
bapa kamu ada ic ka? mykad? ke kad pengenalan sementara?
murid: (mengangkat bahu)
guru: apa pulak tak tahu? tanya la bapa kamu. bapa kamu ada di rumah?
murid: tiada cigu.
guru: bapa kamu pegi mana?
murid: dia di rumah bininya.
guru: hah? mamak kamu bukan bininya ka? (sambil guru tersenyum kerana memikirkan murid tak paham maksud bini)
murid: dia di rumah bininya yang satu lagi.
guru: bapa kamu kawen berapa?
murid:2.

*10 adik beradik itu hanya dengan isteri pertama (ibu murid tersebut). ada lagi adik beradik dgn isteri kedua yang taktau berapa orang..

Wednesday, October 28, 2009

tiche,tak paham!!

'Tiche, tak paham!" that was the naughty pupils would shout when i use English in class.
So i stared at them~motionless.
Haha, like it meant anything to me?

if i dont use English in classroom, when the hell are they going to listen to English?
Good thing some of them love to imitate me, "Class, please get in line" or "Quiet, please", then there'd be an echo, "Eh, quiet please!!' Sort of teacher's assistant. And they love to assist the teacher in class. To feel and act as the authority in class ~ hey, teacher chose me, so listen!

Although i would have to repeat the instructions over and over again but it all paid off when they replied in English.
"Ok, can somebody tell me what we already learned yesterday?"- English class replacement (Who else better to replace Englishh class other than the English Head Panel herself?) Ceh!
"Me!" "Verbs!"

That itself is reawarding enough.

Friday, October 23, 2009

kesunyian ini

kesunyian ini memelukku
membiarkan bayangku termangu
kaku
sedikit tidak mengguris hati
malah selesa
memberi ruang aku menikmati
ketika ini

hidup atas jasa siapa

sinar itu bukan milikmu
mungkin kau lupa hanya pinjaman
semata
terlalu agung
kau katakan
kau terpilih
aku paham
aku tidak cemburu

hidup atas jasa siapa
biar melekat di kepala
sekali kau telan diri sendiri
tenggelam
aku tidak dapat bantu
hanya kau
yang dapat merubah
perjalanan yang kau sendiri ciptakan

cantik bukan hanya di mata
mesti sentiasa mekar di hati
agar maksudnya
sentiasa kekal

Sunday, October 18, 2009

bulan pun tidak mahu temani aku

cemburumu awan
meninggalkan aku seorang
termenung memandang ke luar
sejuk
kosong
menunggu datangnya bulan
walaupun hanya sinarnya
menyapa
sudah tidak apa
apa silapku
diseksa sebegini
bintang juga membisu
selalu tersenyum kini tiada
di sini
hujan penghalangku
pergilah segera
kejamnya kamu
membiarkan aku
hanya dengan aku

Thursday, September 24, 2009

process sucks

betul kata dr.asri, berzina lebih senang dari menikah.
berapa banyak borang kena isi? kena bayar utk borang lagi.
berulang2 kali g pejabat agama.
pejabat agama lak admin dia lain dengan negeri yang lain.
kalo berzina tak yah bayar pon.
buleh jer parking kete tepi jalan!
bukan perkara baik kena disenangkan ke?
islam tak pernah nak nyusahkan umatnya.
a'sal benda2 nie bodoh sangat?
kalo g kahwin kat siam, kena bayar denda Rm1000 jer sorang.
senang lagi kot.
takyah kenduri, tak yah nyusahkan sesape, tak nyusahkan diri sendiri.

Thursday, September 10, 2009

just can't help it

ciri-ciri orang yang menjengkelkan aku

  1. suka bercakap merapu dan takder faedah
  2. menyibuk dan banyak bertanya, 'kenapa nak peg kedai? nak beli apa sana? kenapa nak tengok starworld? ada rancangan apa? sejak bila yanti pakai cream tu, tak tau pon?' -ikut suka aku la!
  3. tak boleh org lain lebih dari dia, bila org cerita pape dia pon mula bukak cerita dia, dia la paling best kat dunia ni, belom lagi org habis cerita..
  4. mula2 buat baik dgn aku pastu lama2 buat bodo -ceh!baik bodo dari awal jadi tak de la aku mengharap
  5. kalo call mesti 3-4-5-6-7-8 kali. kalo org dah tak angkat tu maknanya org bz la..tido ke..dalam tandas ke..meeting ke.. dua kali udah la. nnt aku return la call tu kalo penting
  6. pengotor, kalo masak tinggal periuk belanga tak basuh kalo berbasuh pon penuh sisa makanan dalam sink. tu sapa nak bersihkan? tikus?
  7. suka dok tayang bulu ketiak kat org. eeeeuuww!!!

hish!

Saturday, September 5, 2009

the impossibility

o god
the most gracious the creator of the whole universe
can i ask for the magic clock
so that i could turn the time
to change what i desires
(with your bless)

so that i won't have this skin
so that i won't be here
crying in the dark cuddling my pink pillow
staring at my blog
motionless - idealess - still
at 12 midnight

to be in the arms that i love
or the place i wish
or wearing the dress i fancy
with sweet grin
and high heels
and anna sui on my left
and a best friend on my right

would it be better?
or should i just wish to wake up the next morning as someone else?

amen

...?

ada 4 orang budak kelas aku tak dapat teruskan belajar ke tingkatan 1. kerana ibu/bapa mereka tiada mykad. sedih aku. tak pernah terfikir ada kes macam nie di semenanjung. at least, aku tak pernah jumpa (lagi) sampaila aku di sini.
paling sedih, 4 orang budak tu adalah budak2 'penyejuk hati'- budak yang mendengar cakap, dan buat kerja yang disuruh cekgu. performance pun buleh tahan. what a waste tak dapat masuk tingkatan 1.
sorang budak tu memang ayah dan mak nya tak tau pegi mana. ada sorang yang jaga dia. taktau la apa hubungan sebab bila aku tanya dia senyum saja. ntah. adala surat sumpah yang mengatakan ibu dan bapa dia tak tau di mana jadi pakcik nie yang jaga dia. dahla mak budak tu org indon. i bet dah balik indon maknye tu. habis anak tu?
aku selalu take for granted dokumen2 sebab benda tu memang milik aku. memang betul kita takkan rasa kepentingan sesuatu tu hanya bila kita tak dapat atau kehilangan benda tu saja.

Thursday, August 20, 2009

my favourite teacher -by abdul hakim b lau (6B)

My favourite teacher is teacher Shahdayanti. Teacher Shahdayanti is very beautiful. She is hardworking. She is teaching English and Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. My friend and I understand what she have teach (taught). Teacher Shahdayanti try to teach students to be clever and successful. Today we know how important teacher(s) are and we need (them) in our lives. Without (a) teacher, we will live in darkness. So, we must appreciate our teacher. And now, I will never forget the teacher who his (has) influenced my life. When she was teaching (teaches) my class she always asked (asks) us if we understood the lesson and gave (gives) us good explanation. She was (is) thin, every day she will look beautiful and smart. She had (has) fair skin and a sweet smile. Sometimes she laughed (laughs) or smiled (smiles), she would look sweet. She was (is) a caring teacher. I really love and like her.

Tuesday, August 18, 2009

oh, my!

am teaching year 6. and class teacher for 6b. i treat all year 6 kids equally with other kids in school, year 5-1. i call the kids 'abang' or 'sayang', whatever word that coome out from my mouth.
this incident showed how wrong i am.

we had extra class for english at 1pm today. the kids did many work (as instructed by me~they'll be facing UPSR in the next 3 weeks, so you bet a LOT of exercises are needed here). i would check their work when they had finished and after that they could go home.

this one particular kid had finished his work early but refused to go home as he was waiting for his friend. so he was talking and smiling and pulling his beg in that class. suddenly i saw him sitting on the table. and i said to him, 'abang N, turun duduk bawah!' and he seemed shocked and then he..smiled.. and said.. 'abang..hehe..' and the other boys were smiling too and they turned at me, 'hehe, teacher panggil N abang..' and they started teasing him, Abang N.. the boy wa so embarrassed that he blushed adn i could see clearly his blood colour.. i puzzled, what is happening here? 'kenapa?' i asked the pupils. 'kenapa kalau saya panggil dia abang?'

the other boys smiled..and laughed at N.. i just smiled with lits of questions in the head, 'oh my, what on earth are they thinking? why he is so embarrased? and a little excited?' i realized these pupils are not kids, they are grown up kids. and i THINK i should not address them like this..

N walked around the class and last thing i saw he did was membetulkan his pants.

*i don't want to know!

Friday, August 14, 2009

my wish..

aku nak,
  • kayuh basikal pada pukul 6 petang dengan await, malau, dan farhah dekat sawah padi sambil gelak tak henti2
  • letak kepala atas riba mak sambil sembang pasal rancangan televisyen
  • tarik rambut adik tanpa sebab dan tengok dia buat dek jer
  • diskusi di library dengan aisyah dan shema sambil wonder iwan dengan yazmil datang tak hari ni
  • naik motor dengan shema pakai helmet besar yang selalu kena pegang kalo tak terlucut!
  • makan 4 pieces of chicken dan sky juice dengan emy, shema, dan hanic
  • keluar ke gurney dgn xbesfriend dan chair
  • jawab call abg amir pada pukul 3pagi dan sengih sebelum tidur balik
  • keluar tengok movie beramai2 dengan pah, mieza, shoba, matnor, yat, aizu, dzull dll.
  • jalan dari maktab ke usm dengan fieza dan dijemput pulang oleh abang lan
  • makan ikan bakar di kuala perlis dengan fieza, darna, dan aizu

*not feeling so okay

Thursday, August 6, 2009

upsr

shit la.
tengok budak2 kat sekolah yang takder kesedaran diorang nak exam. boleh main2 lagi saat genting nie, dahla trial takder sorang pon dapat A. sebenarnya aku memang tak expect A jadi aku berani janji sapa dapat A aku belanja KFC. memang diorang suka KFC sebab biasala budak2 kampung. tapi sekarang selepas 8 bulan drill, ada peningkatan pada jawapn mereka. jadi aku pon mula berharap.tak kesahla pasal KFC tu. kopak pun takpe.yang penting A. aku cakap kat budak2 tu,'saya tak dengar B atau C, saya tak peduli kamu lulus atau tidak, saya hanya dengar bila saya tanya siapa dapat A, kamu jawab, SAYA teacher.' sound selfish but i dont care. bagi aku result Bi budak2 tu bukan perofrmance diorang tapi reputasi aku yang seolah2 dicabar pihak sekolah.memang aku dah rotan budak kerana tak skor sekurang-kurangnya 36/40 untuk Paper 1 sebab jelas terbukti diorang boleh jawab kedua-dua paper 1 and 2 kalau betul2 usaha. selama ini aku berlembut dan aku dah siap warning dalam sebulan nie, saya tak kira, kalau awak lalai memang awak kena.saya tak kira!

kalau aku perlu dicop cekgu garang semata2 nak tolong budak sedar potensi sebenar diorang, aku tak apa.i'm so fine.

Wednesday, June 17, 2009

ola

lama sudah indak aku berblog ~ bz ba aku
juga bertukar status suda
ada juga ba gambarnya di bawah ni
saja mau tayang..heh









Tuesday, May 19, 2009

1 malaysia

jalur gemilang painted on the gelanggara wall

roopi, eliesa, noor and unaizah

sabahan teachers ~ ready to educate

reshma, hong wei, thulsy and me during kissm at MTC

the LPG of teyl

paying respect to the warriors


1malaysia is an idea promoted by our beloved PM
as a teylian this idea is not an alien to me as we'd been together for 6 years and i am currently living with my two indian friends (happily..)

Friday, May 8, 2009

baru punye~saya suka!

my housemate marah budak tusyen dia sebab tak siap keja tapi dok menyibok kat org lain yg tak siap keja~

"taik di bontot sendirik tak nampak dok pegi carik taik di bontot orang"

hehehe

dah jawab tag abg padlah

Kita tengok sapa yang Kena!
1. State the date you have declared with your 1st couple--
♥ 16 september 2002
2. Adekah anda akan terus berhubung dengan your bf/gf jika anda sudah clash?--
♥ tak rasanya
3. Ape yang akan anda lakukan bile anda merindui bf/gf anda?--
♥ call~kalo dia bz, layan blog/facebook~tido~kuar jalan2
4. Adekah anda mempercayai bf/gf anda sratos pratos?--
♥ mesti ada percentage kita simpan untuk diri kita~'jangan jadi bodoh sangat'=my mum said to me
6. Adekah anda rase bf/gf anda seorang yang pandai memujuk--
♥ haha~memang tidak sama sekali
7. Ape reaksi anda dan ape yang anda lakukan apabile kredit bf/gf anda dihabiskan untuk orang len?--
♥ ikut suka ati la~yg penting ingat kita~tu saja
8. What are you going to do when your bestiest have a relationship wif your ex?--
♥ hm..sakit ati sikit2 kot~macam takder org lain jer~tapi ikot suka ati dia la..
9. Adekah anda akan menelefon bf/gf anda apabila dsuruh oleh bf/gf anda? --
♥ ya
10. Ape reaksi anda bile mendapat tahu bf/gf anda masih berhubung dengan ex mereka?--
♥ straight away tanya~awat gatai sangat???
11. nk tag :-
sapa2 pun buleh..

Saturday, May 2, 2009

aku ingin sekali menjadi halal bagimu
untuk kau kesat air mataku
cium dahiku
dan meminjam bahumu ketika sedih
dan memeluk aku
memberi kedamaian dalam hati
dan segala nikmat dunia
dengan hanya satu pandangan

030509 1214

*untuk seorang lelaki bergelar suami

Wednesday, April 29, 2009

surat cinta budak sekolah

aku pergi dan pulang dari sekolah menaiki bas. yang bestnyer aku tak payah pun tahan bas dan tekan loceng sebab pakcik bas dah kenai aku. kes ni pun berlaku dalam bas. semalam (28 april) dalam perjalanan pulang, aku naik bas dengan budak kelas aku (pompuan). cantik budaknya. nama fauziah.dalam kelas memang jarang cakap. banyak senyum saja. sebelum turun dia tetiba menghukurkan sesuatu kat aku. aku teragak2 nak amik tapi memandangkan dia anak murid aku, aku pun amikla..yela, yakkan dia nak bagi bom plak kat aku kan?
aku dapat sampul surat yang berbalut plastik (nak bagi tahan air kot). dan bila aku buka surat tu nilah,
sebelum buka bacalah 'bismillah'
selamat berkenalan
daripada : fauziah
kepada: cikgu shahdayanti

Assalammualaikum cewek....!
Cikgu apa khabar,sihat juga ke,Harap cikgu sihat sejahtera. Cikgu, Tujuan saya menulis surat ini saya ingin menyampaikan pesanan daripada abang angkat saya. Dia ingin meminta nombor telefon, alamat rumah dan biodata cikgu, Harap cikgu ingin berkenalan sama abang angkat saya. Dia pernah melihat cikgu berapa kali. Tujuan Abang angkat saya meminta no fon,alamat rumah dan biodata untuk berkenalan sama cikgu sebagai kawan biasa saja. Abang angkat menyuruh saya menulis surat ini kerana ada sebabnya kenapa dia menyuruh saya menulis surat ini. Oh ya terlupa bagi tahu cikgu jangan salah sangka ya dan balas surat ini cikgu jangan lupa ya...!
Nombor telefon :
alamat rumah :
Biodata :
nama:
Nama semaran:
Tarikh lahir:
Tempat lahir:
Mi. kegemaran :
Ma. kegemaran :
Patung kesukaan :
Lagu kesukaan :
Orang dicintai :
Moto diri :

dan hari ni dia tak angkat muka langsung dalam kelas..malu ke apa tatau la..huhu

p/s berani tol dia panggil aku cewek??!!

Friday, April 24, 2009

yeay!

jumpa satu lagi kedai kek ~7 heaven.
tempatnya agak best.
kek dia nampak menggoda. (siap ada kek durian lagi, which is i'd nver buy, tapi tu pon nampak memberangsangkan)
dia punya worker bukan chinese, pure sabahan (hehe..comey2..)
and dia punya chocolate cake rm5 jer. biar betol?

p/s macam ada tempat favourite baru nih..

teacher mogana..

this is mogana a.ka. my beloved housemate. yesterday she went to school wearing long black skirt and a black blouse. when she was teaching, suddenly a kid shouted, "Cikgu! dia kata cikgu menggoda!" - year 4
then when she went into another class this bunch of boys were making so much of noise until she had no other word to say but, "cikgu harap kaum lelaki ni pupus la.."
the boys then replied, "boyfriendd cikgu pun pupus la? cikgu nak cium siapa nanti?" -year 6

p/s masalah betol!

Thursday, April 23, 2009

location : 6C
date : 23 April

i went into the class gave each student tasksheets. one of the girl went missing and i knew she was in school today. so i asked her classmate, "aima mana?" shea answered "pulang' "kenapa?""dia uzur, teacher". "uzur?" "ye."waht's the connection?kalau uzur kena pulang kah? "lepas tu kalau uzur kenapa pulang?" "tembus." 'ah?' 'tembus teacher', she replied. budak2 lelaki dalam kumpulan tu just stared at me, not showing any emotion. ni paham ke tak nie?bagusla kalo tak..hm..

Monday, April 20, 2009

location : school hall
time : 10.30 pm
event : motivational camp

malam tu ada program penghayatan utk budak2 darjah 6 yang join kem motivasi. malam penghayatan tu diadakan di dewan sebelah masjid sebab dewan tu bertutup (senang nak bagi budak2 tu menangis..)sementara dok berbaris, aku pon jalan2 check baris. tiba-tiba ada sorang budak panggil.namanya haimar (cita-citanya nak jadi pemburu).dia tanya, 'beratur nak pegi mana?' 'ke masjid.' 'kenapa nak pegi masjid?''eh,pegi sajalah..''diorang nak sembelih kami kah?' mukanya serius. hah?aku terpinga..kenapa nak sembelih plak?tapi memandangkan haimar tu agak tembam aku pon terus mengusik, 'a'ah nak sembelih kamu, kalo nak sembelih fazlay tak cukup isi..' referring to fazlay yang berada di dapan haimar.fazlay ni kecik dan kurus.fazlay mencelah, 'teacher,bukan nak sembelih yang dalam seluar kah?' macam nak terkeluar bijik mata aku dengar fazlay ni cakap macam tu. terus aku tunduk dan tanya pada dia perlahan, 'kenapa kamu tak potong lagi kah?' 'belum lagi teacher.." PANG!kena ketuk dengan aku sekali sambil aku blah dari situ..

Friday, April 17, 2009

sapa punya keje angkat tangan?!

tadi pengawas RMT yang aku suka2 ati lantik sendiri datang jumpa minta kad RMT untuk diberi pada setiap budak RMT kelas aku (6B)..punyala aku selongkat seluruh meja, laci, kerusi sume tak jumpa kad tu..cikgu depan aku pun dok menyelongkar juga tolong aku carik..pegi kelas tanya lagi budak kot2 la ada budak terambil tapi tak de sapa pun ngaku..masa rehat tu terpaksala aku g jumpa makcik kantin bagitau aku dah ilangkan kad budak2 tu..petang tadi aku g sekolah kejap amik fail and aku pun gtau cikgu RMT yang aku dah ilangkan juga..bila aku ke tempat aku utk amik fail, ada sume kad RMT atas meja aku. betul2 atas meja aku dengan haramnya..sapa n*)gi2#%@ nih?

Thursday, April 16, 2009

today was a VERY stressful day for me..memang macam haram kat sekolah..tapi takpe sebab lepas sekolah g lepak ngan kedua2 housemate kesayangan kat Vedablu~makan double chocolate moist..sedap Jesselton lagi..and Jesselton cheaper..(those in Sandakan would agree with me!)
and talking and laughing all the way..and half an hour after that, we went to have pizza..huhu...so full~
with food and laughter..
yeay..

Monday, April 13, 2009

routine

just realize,
early in the morning when i reach school i'd go straight to the canteen and buy kuih
that if i got class early (7 a.m)
if not, i'd go write my attendance and go to the cantenn ordering nasi. yes, nasik as early as 7 am.
sorry, saya perut melayu~kena makan nasik.=))
kalo saya marah budak lepas kelas terus pego order milo nai ping (milo ais).
kalo tak, mark buku dan bercerita (berbual) dgn guru.
pastu balik.

p/s : i wake up at 5am sebab my school starts as early as 6.30am.
cikgu2 semenanjung sanggup?

pocho-pocho

let's shake it, baby!
video

langit sandakan~tak kenal maka tak cinta

let's start with introducing my second home~SANDAKAN!


one of the fishing village that we got. this one is at sim-sim (yes, the place name is sim-sim; the best place for ikan bakar)

my favourites!!!=))

should try the tongue twister~bar burung biru baru..
once again, please!

this is Sandakan City and the locals

not sure whether these are locals or the philippinos.
yes, still in Sandakan City

can you see the fin?

jejakas handsome playing kompang for a wedding feast

sandakan tamu

entering the city

this is the muslim cemetry. here, muslims are buried not in the flat land.
this one was after a landslide and the bones and skulls (of dead people) coming out and fell on the road. that's why they covered the cemetries. scary, huh?

Thursday, April 9, 2009

murid-murid kesayanganku punya cerita

can you believe lovely kids like these could do so much to your heart?
p/s the kids mentioned are not in the pic

kes 1 (Apr 7, 2009)
budak sorang ni anak cikgu, kelas terpandai tahun 6 dan paling pandai dalam kelas. memang terkenal kerana kemalasannya membawa buku dan membuat kerja. tapi disebabkan kepintarannya jadi melepaskan dirinya dari selalu kena denda. dia memang jarang bawak dan hantar homework nya pada saya..until hari ini la..saya denda satu kelas berdiri atas kerusi kerana semuanya salin salah jawapan yang say beri..this boy datang dan tanya, 'teacher, saya kena berdiri atas kerusi juga ke?' i asked "why?where's your book?' he replied, 'saya tak hantar' then i said, 'ok, hantar sekarang..' 'saya tak bawa..' hish..saya geleng kepala..bila kerja diberi i said to him, 'dah kamu tak bawa English 1, guna English 2 for this exercise' 'tu pun saya tak bawa teacher'. 'kenapa tak bawa?' he thought for a while.. 'saya rasa kan teacher..buku saya..' sambil berpura pikir.. menyirap darah saya. 'buku apa yang awak bawa?buka beg sekarang!'dalam 4 buku english, dia cuma bawa textbook yang saya pesan tak payah bawak until i said so.
saya pun terus suruh dia bawak keluar meja dan kerusi dia dan semua barang dia dan duduk di luar kelas..
esoknya, dia bawa semua buku english..

kes 2 (Apr 7, 2009)
kes ini berlaku selepas satu jam dari kes pertama. memang hari tak ong bagiku. budak ini pernah datang ke sekolah last year dengan pipi yang biru. bila ditanya dia memberitahu dia ditumbuk oleh bapanya kerana dia telah menyebabkan ibunya sendiri lari dari rumah. pelik tapi itulah yang dikatakannya. semasa aku mengajar 6b sentence construction, this particular boy started singing~not very loud but enough to be heard from the teacher's table. saya cuma pandang this boy hoping he would understand. dia senyum and i continued the lesson. then terdengar lagi dia menyanyi and i stopped the lesson and announced, 'ok sekarang we'll watch a performance by -'. all pupils clapped their hands and this boy tak bangun dari tempatnya. i said i would only continue the lesson if he sang and he did not. he just stood there in front of the class after taking his own sweet time to wear his socks. i got so annoyed and said 'awak pilih sekarang, nak menyanyi dalam kelas dan duduk atau turun di bawah tempat panas tu dan menyanyi sampai dengar dalam kelas?''saya nak menyanyi di bawah' so he went down and he did not sing and i said, 'selagi kamu tak menyanyi berdiri la kamu di situ'. i continued the lesson and when i turned he was doing shuffle tengah2 panas. saya pergi tegur and asked he to sing so that he could come in and dia cuma senyum. sakit hati betul tengok dia senyum.after 10 minutes he was outside, i asked him to come in. kesian pulak..demam kang anak orang..di depan pintu kelas dia tak masuk cume menyorok di belakang pintu.. bila saya keluar mencari dia dan suruh dia masuk dia cakap tak nak.punyala saya bengang saya heret tangan dia masuk.dia melawan.bila saya cakap saya akan bagitau ibu bapanya perangai dia denagn senyum dia menjawab, 'teacher tak tau rumah saya di mana..' saya cubit pipi dia dan kata 'eh,saya cikgu kelas kamu saya ada alamat kamu, no.tel pun ada.' itu bukan nombor saya' dia senyum lagi. saya suruh dia duduk dan semasa saya mengajar dia menyanyi lagi dan apabila saya toleh padanya, dia teruskan menyanyi sambil tersenyum..dan menyanyi..saya terus terkeluar 'pergilah balik,saya benarkan awak balik sekarang.. saya tak nak tengok perangai macam awak dalam kelas saya.' dia tak balik tetapi keluar dari kelas selepas senyum pada saya..saya benci senyum itu!

kes 3 (Apr 9, 2009)
sebelum memulakan pengajaran di kelas 6c saya memberitahu 'saya akan ajar topik yang sangat penting uk UPSR jadi saya tak nak orang bising atau bercerita (berbual). kalau ada yang tak minat belajar sila keluar dari kelas sekarang kerana kamu akan ganggu kawan2 yang nak belajar. saya tak marah. ada?'no one got out.'lepas ni kalau ada jugak yang buat bising atau bercerita saya akan suruh kamu bawak kerusi meja kamu duduk di luar kelas-buat kerja di situ, boleh?' 'boleh teacher'. so i started. ada beberapa murid yang memang tak dapat mengawal mulut dari bercakap. ada banyak yang memberi perhatian dan respon towards the lesson. tapi bila keadaan mula bising i whispered to myself 'ni tak boleh jadi ni, budak2 ni ingat aku tak serius..' terus i called out one boy who was talking at the moment. bapa budak ini orang filipina. bapanya sudah meninggal akibat kemalangan jadi ibunya tinggal di tempat lain kerana bekerja dan dia tinggal dengan makcik nya.memang selalu ponteng sekolah. saya suruh dia bawa semua meja,kerusi,beg semu keluar kelas dan buat kerjanya di bawah. dia berdiri seraya mengadu bukan saya, A yang ajak saya bercerita kenapa dia tak kena? saya jawab, "saya nampak kamu bukan dia, jadi keluar sekarang dengan barang2 kamu!' muka dia memang marah, merah dan matanya berair. semasa di hadapan pintu kelas dilemparnya pensel dan buku dlm tangannya kerana protes. saya terus tinggi suara 'ambil balik buku kamu tu!' dia pun ambil dan kemudian pergi menghentak2 mejanya. saya yang berdiri di depannya mengarah, 'duduk!' 'kalau saya tak duduk?!" dia menengking saya seraya memukul mejanya dengan sangat kuat. saya terus menengking dia 'saya kata duduk!' murid lain semua memandang dan senyap. saya tak pernah marah budak sebegitu. malah saya dikenali sebagai cikgu yang tak marah budak. tapi ini sudah terlebih. selepas saya tengking budak itu duduk dan menghentak kakinya pada kaki meja. saya terus masuk ke kelas dan berkata, "kalau perangai kamu macam ni kamu ingat orang akan suka kamu? biadap macam tu?''tidak..' jawab budak2 perlahan..saya teruskan pelajaran dan bila saya toleh, budak tu sudah tiada di kerusinya. kawan yang pergi ke tandas memberitahu dia sembunyi di bawah kolong sekolah.saya tak sempat memanggilnya utk berjumpa dia selepas kelas kerana dia pulang awal untuk settlekan yuran kem motivasi.
saya akan hantar pada guru disiplin.
kalau saya sendiri yang denda nnt ibu bapa datang dan saya pula yang salah.
tapi sikap macam tu memang siapa pun tak boleh terima..

Sunday, March 22, 2009

got tips?

there are few tips that i picked up during the hols.

don't buy panties at the mall that is going to be closed in the next five minutes.
~credit to shoba

when your BMI shows overweight that means you are getting the right shape. in other word, slim.
~credit to matnoor

girls have to know that men do need a room to change.
~credit to aizu

when there is a stain on your shirt, just say, "tak nampak pun" and the stain will vanish.
~credit to me

always carry a branded plastic bag and put all your stuff in it. you would not look cheap.
~credit to joon ming

when there is a need to lie, just breath at your normal pace and look at the person straight in the eye. and no smiling.
~credit to mogana

Saturday, March 21, 2009

laugh and eat and laugh again

Miss Universe 2009 =))


ada orang ingat kitorang semua ni polis..ada rupa ker?




p.o.w (prisoners of war) trail..diorang jalan kaki sampai ke myanmar..menurut aizu (2009) banyak yang mati dan hanya seorang saja yang terselemat.hm..




aizu kantoi makan dalam semak masa bulan pose



at last! aizu was caught red handed not finishing his food!!haha..



naza jumpa tempat berkhalwat..




aizu doing free style






merenung bulan ~ shoba's style




guess who?


matnoor doing 100 sit ups..




waah..takutnyer..




were there cemetries?sorry, we were so busy snapping pics..:/



enjoy!

teylians doing choir at kinabalu park

video

i love you all


dedicated to naza,mogs,shoba,sarah,reshma,matno,aizu,joon ming. (yang tak pernah lekang membuat aku ketawa sepanjang bersama mereka)

tak perlu kata-kata
ataupun senyum
ataupun sentuhanmu
tetapi dengan mengetahui kau ada di sini
sudah cukup untuk menghidupkan aku
walaupun pandangan matamu untuk orang lain
ketawamu kerana orang ketiga, keempat atau kelima
kehadiranmu memberi aku sebab untuk bernafas
setialah di sisi aku kerana saat ini tak akan berulang

surat untuk ibu



sembah salam pada ibunda tercinta dengan harapan nikmat tuhan akan sentiasa menjadi peneman ibu dalam menghela nafas setiap ketika.
ibu, terlalu sukar untuk dituturkan tetapi aku yang berhutang nyawa denganmu ini memohon seribu kemaafan dan halalkan segala yang telah ku curi secara sedar atau tidak dari zahirmu malah dari batinmu. halalkan setiap titis susu yang aku teguk dari dadamu, setiap airmata yang mengalir kerana sikapku, setiap sendi yang lenguh kerana mengurutku ketika sakit dan tidak pernah merungut walaupun aku mengejutkanmu di tengah malam seraya berkata, ‘mak, sakit perut..’
dan setiap peluh yang mengalir kerana memasak makanan yang menjadi sumber tenaga membenarkan aku berada di mana aku sekarang ini, dan setiap rambut yang gugur kerana bekerja keras membesarkan aku, memikirkan aku, teringatkan aku, risau tentang aku, menelefon aku, bertanyakan khabar ku, setiap inci tentang ku, makananku, kerjaku, bajuku, hidupku dan matiku.
ibu, anakmu ini akan dimiliki orang. tetapi dengan nama tuhan aku masih anakmu yang sentiasa menginginkan pelukanmu dan sentuhan tanganmu ketika aku risau dan sakit. siapalah aku tanpa budimu. siapalah aku tanpa ehsanmu.
seperti yang ibu selalu fikirkan, ya, aku masih lagi anak kecilmu yang merajuk apabila dimarah. yang menangis apabila ditegur. yang tak ada duit setiap kali pulang ke rumah. yang merengek apabila sakit. yang tak boleh bernyawa tanpa kamu.
sentiasa ibu, aku sentiasa anakmu.

Saturday, February 14, 2009

they are right

careful what you wished for cuz you just might get it
that's the lyric of when i grow up by pussycat dolls..and yes i was not careful. when i was doing my practicum i had always wished my posting school would be equipped with whiteboards and lcd in every class as i hate to have to wash my hands due to the dust of the chalk. and the school teachers should support each other and the workloads should always be tolerable. while waiting for the posting i had also calculated my future income and how much could i spend out of it. i knew rm2000++ is never enough for me.
and yes. i mean that was why i have been posted to sabah. my school is equipped with whiteboards and lcd (every class) and the teachers are amazing. i never had major problems in dealing with them and they are so friendly and the workloads are not that tough. and yes my income is more than i expected.
the consequences? i live 2000km away from home and miss my family badly..huhu

Thursday, January 15, 2009

esp utk kawan2ku

cerita ini tidak sama tanpa kau dan aku
tajuknya akan berubah
gambar depannya juga
wataknya
perwatakannya
aku tidak mahu
sebolehnya namamu harus ada di setiap mukasurat
di baris helaian
memberi makna kegembiraan
makna kehidupan
susah untuk balik patah
malah mustahil
mungkin aku masih tersekat di halaman ini
tapi sebagai kawan adakah kau juga disini?

rumit

senyumnya hanya di sebalik tabir
yang terlalu indah untuk disembunyikan
yang menjadi kegilaan bidadari syurga
senyaman sinar mentari dhuha
selembut sutera dara
hatinya terlalu rapuh atau terlalu keras
aku tidak tahu
mungkin hanya keyakinan yang menbuatnya bertahan
sehingga ke akhir saat

2131, 150109

Thursday, January 1, 2009

tetap

aku tak mau tidur
supaya esok tidak datang
supaya aku tak perlu berus gigi
dan mandi
dan memakai baju yang dikhaskan untuk berjalan-jalan sahaja
dan menaiki kereta bersama orang kesayanganku
dan menuju ke tempat yang dahulunya aku sukai tapi saat ini tidak lagi
dan mereka meninggalkan aku di situ
kemudian aku meninggalkan mereka

dan tidak ada suara lagi mengejutkan aku pagi-pagi
dan tidak ada lagi kawan bermain game
dan tidak ada yang menghantar dan meneman aku jalan-jalan
dan ketawa denganku
dan memukul aku
dan menggembirakan hati aku

tapi ketika ini
aku bersama suara cengkerik di rumput luar
orang kesayanganku sudah berada di dunia mereka
aku tetap kena pejamkan mata
untuk melakukan perkara yang paling aku tidak inginkan

1155,020109