sembah salam pada ibunda tercinta dengan harapan nikmat tuhan akan sentiasa menjadi peneman ibu dalam menghela nafas setiap ketika.
ibu, terlalu sukar untuk dituturkan tetapi aku yang berhutang nyawa denganmu ini memohon seribu kemaafan dan halalkan segala yang telah ku curi secara sedar atau tidak dari zahirmu malah dari batinmu. halalkan setiap titis susu yang aku teguk dari dadamu, setiap airmata yang mengalir kerana sikapku, setiap sendi yang lenguh kerana mengurutku ketika sakit dan tidak pernah merungut walaupun aku mengejutkanmu di tengah malam seraya berkata, ‘mak, sakit perut..’
dan setiap peluh yang mengalir kerana memasak makanan yang menjadi sumber tenaga membenarkan aku berada di mana aku sekarang ini, dan setiap rambut yang gugur kerana bekerja keras membesarkan aku, memikirkan aku, teringatkan aku, risau tentang aku, menelefon aku, bertanyakan khabar ku, setiap inci tentang ku, makananku, kerjaku, bajuku, hidupku dan matiku.
ibu, anakmu ini akan dimiliki orang. tetapi dengan nama tuhan aku masih anakmu yang sentiasa menginginkan pelukanmu dan sentuhan tanganmu ketika aku risau dan sakit. siapalah aku tanpa budimu. siapalah aku tanpa ehsanmu.
seperti yang ibu selalu fikirkan, ya, aku masih lagi anak kecilmu yang merajuk apabila dimarah. yang menangis apabila ditegur. yang tak ada duit setiap kali pulang ke rumah. yang merengek apabila sakit. yang tak boleh bernyawa tanpa kamu.
sentiasa ibu, aku sentiasa anakmu.

ang wat aku sgt sedih..
ReplyDeleteaku rindu mamak aku jugak!
mak, aku mintak maaf sama kamu ah..
(berani tulis "aku" sebab mak aku tak baca blog! heheh)
nice piece though! sesuwai utk korang2 yg nak kawen dah..
sebab tu la aku ter come out dengan benda nih.. a dilemma of a bride-to-be..huhu
ReplyDelete