Wednesday, April 29, 2009

surat cinta budak sekolah

aku pergi dan pulang dari sekolah menaiki bas. yang bestnyer aku tak payah pun tahan bas dan tekan loceng sebab pakcik bas dah kenai aku. kes ni pun berlaku dalam bas. semalam (28 april) dalam perjalanan pulang, aku naik bas dengan budak kelas aku (pompuan). cantik budaknya. nama fauziah.dalam kelas memang jarang cakap. banyak senyum saja. sebelum turun dia tetiba menghukurkan sesuatu kat aku. aku teragak2 nak amik tapi memandangkan dia anak murid aku, aku pun amikla..yela, yakkan dia nak bagi bom plak kat aku kan?
aku dapat sampul surat yang berbalut plastik (nak bagi tahan air kot). dan bila aku buka surat tu nilah,
sebelum buka bacalah 'bismillah'
selamat berkenalan
daripada : fauziah
kepada: cikgu shahdayanti

Assalammualaikum cewek....!
Cikgu apa khabar,sihat juga ke,Harap cikgu sihat sejahtera. Cikgu, Tujuan saya menulis surat ini saya ingin menyampaikan pesanan daripada abang angkat saya. Dia ingin meminta nombor telefon, alamat rumah dan biodata cikgu, Harap cikgu ingin berkenalan sama abang angkat saya. Dia pernah melihat cikgu berapa kali. Tujuan Abang angkat saya meminta no fon,alamat rumah dan biodata untuk berkenalan sama cikgu sebagai kawan biasa saja. Abang angkat menyuruh saya menulis surat ini kerana ada sebabnya kenapa dia menyuruh saya menulis surat ini. Oh ya terlupa bagi tahu cikgu jangan salah sangka ya dan balas surat ini cikgu jangan lupa ya...!
Nombor telefon :
alamat rumah :
Biodata :
nama:
Nama semaran:
Tarikh lahir:
Tempat lahir:
Mi. kegemaran :
Ma. kegemaran :
Patung kesukaan :
Lagu kesukaan :
Orang dicintai :
Moto diri :

dan hari ni dia tak angkat muka langsung dalam kelas..malu ke apa tatau la..huhu

p/s berani tol dia panggil aku cewek??!!

3 comments: