Thursday, November 11, 2010

101110 - sukan aneka

syoq kemarin.
ada sukaneka tahun 6. dan aku dengan ngek nya pi pakai baju kurung. duh! awat tak tau. oh, sebab aku dah basuh kasut sukan power aku yang putih melepak dan simpan dalam kotak dah pun. bersemangat mau pulang. ish, minggu depan saja. yes.
seronok la gelakkan org. ustaz yang menghandle acara nie memang aku tengok dia pun suka sukan. sebelum nie dia penyelaras tahun 6. disebabkan awal2 tahun dulu dia sibuk, jd PK nk lantik aku jd penyelaras tahun 6. waka waka! seb baik cikgu kaunseling nie tawar diri sebab beri kemudahan pada dia utk wat aktiviti kaunseling. dalam hati, alhamdulillah. aku pegang S/U tahun 6 2 tahun la. tak kesah.
tapi, setelah lama2 aku byk rujuk pada ustaz nie utk aktiviti dan secara tidak langsung dia yang aku tulis sebagai timb. penyelaras on paper secara otomatik bertindak sebagai penyelaras. tak kesah la. baguih gitu. semua wat keje sama2. tolong menolong amalan mulia. dan aku pula nampak cam timb. penyelaras merangkap bendahari dan penyelaras sebenarnya jadi S/U. pape je la. janji aktiviti, jalan. 
ada satu sukaneka tu, tiup tepung cari gula2. besa r kan tu? tp yang bestnya, budak2 nie kena basahkan muka dulu. habis la tepung kena muka. apa lagi, gelak la semua di situ.
*sila fokus pada budak laki belakang yg pakai baju biru. Yusrin. budak paling tinggi di sekolah. even aku pakai wedges 5 inches pun dia tinggi lagi.

pastu ada lari sibuta. budak laki kena tutup mata pastu pegang tali yg diberi pada budak pompuan dan budak pompuan bawa diorang lari pusing 2 round.
budak nie, zikrullah namanya. memang nakal. ustaz (yg 'menjadi' penyelaras selalu usik dia, 'nama zikrullah, perangai masya Allah, lama2 inna lillah') dah namanya budak nakal. sengih saja. masa hari last upsr, paper BI lagi tuh, dia pi baling sarang penyengat atas pokok dekat kolam sekolah, terus kena sengat. dengan muka bengkak, sampai aku tak cam dia, dia sengih dan pi jawab exam. aku tanya ok ka? ok cigu! dengan confidentnya.
dalam kes lari buta tu, kebanyakan budak laki nak menang jadi diorang lari terus tanpa pedulikan budak pompuan yang lead. zikrullah nie lari tak brek, terus melanggar dinding dewan. dinding tu daripada zink. memang kuat gila bunyi. semua terkejut. dia terbaring dalam 5 minit. senyap. semua cuak. pastu dia bangun sambil ketawa2 dan berkata, adoi sakitnya!
lepas tu ok balik, sengih2, main permainan lain, dan sebelum jamuan persembahkan nasyid lagi.

*zikrullah adalah lead singer sebelah kiri. baju belang2. selamat berkenalan!

dan aku dengan sukacitanya memberi idea kepada budak2  untuk buat dance performance. sebenarnya ustaz tu yang suruh. hahaha. siap dia assisted aku ajar lagi.


YES. WE DID HAVE LOADS OF FUN!

Sunday, October 17, 2010

171010-bus ride

tiap hari aku g skolah naik public transport iaitu bas atau sebenarnya bukan bas tetapi van. yang di sini dipanggil bas kecik atau van-van. tambang mahal 20 sen dari bas besar (biasa) tapi sampai awal ke destinasinya sebab purata laju bas adalah 80km/j (tak termasuk jalan ke batu putih iaitu jalan ke sekolah ku kerana di situ bus driver akan bawak laju sbb tak banyak kenderaan kecuali pada hari jumaat sebab hari jumaat kurang orang jadi dia bawak lambat-lambat sambil mencari orang untuk naik bas dan kerana laju maka banyaklah anjing-anjing yang mati accident dan aku pernah terlanggar anjing besar dan anjing tu terus mati, well bukan aku yang langgar tapi bas yang kunaiki itu). wah 91 perkataan dalam satu ayat! record.

berbadan agak kecil memudahkan aku insert diri dalam bas. secara jujur aku rasa perkhidmatan bas di sini lebih cekap dari semenanjung. at least better dari perlis. masa maksimum aku tunggu bas di sini ialah 10 minit. selalunya 2 minit cenggitu akan ada bas sudah. jadi penumpang di sini agak kerek la dan boleh pilih bas mana yang diorang akan naik walaupun destinasinya sama sahaja.

walaupun begitu, aku rasa baru 3 kali kot dalam masa 2 tahun menjadi penumpang setia bas di sandakan aku terpaksa berdiri dalam bas. itu bas besar la. kalau van, semua penumpang duduk. sebab bas banyak, jadi tempat duduk selalu ada. aku ingat lagi awal tahun nie, aku di stesen bas bandar mau pulang ke rumah. conductor bas nie dok suruh aku naik bas dia. aku banyak pilihan bas sebab rumahku di tengah-tengah jalan antara bandar ke tempat lain. aku tengok banyak betul orang dalam bas jadi aku pun tanya, 'ada tempat ke?' dia kata ada. aku jawab 'macam tak ada je..' sekali dia bala, 'kalau kau kena berdiri, kau nda paya bayar.' sambil tersengih aku naik, dok wish juga kena berdiri. hehe. ada la pulak tempat.

banyak kisah sebenarnya aku dengan bas di sandakan nie. ada kisah pakcik koboi (pakcik driver yang tua sikit dari bapaku pakai topi koboi bawak bas) yang suka pasang lagu dangdut sedih dalam bas dan poco-poco dan kelajuan dia bawak bas bergantung kepada kelajuan beat lagu. pakcik driver akan tunggu penumpang yang 300m jauhnya dari jalan, berjalan lenggang mak limah ke bas alih2 bila sampai kat bas dia kata tak mau naik. bas akan berhenti exactly di tempat yang nak dituju walaupun tempat tu sebenarnya hanya sekangkang kera dengan tempat perhentian sebelumnya. macam-macam lagila. ada jugak aku dengar kes, ada orang kena raba dalam bas, tapi alhamdulillah pengalaman ku setakat nie semuanya baik-baik belaka. sampai aku pun kadang-kadang merasakan diri sangatla tidak baik kalau nak dibandingkan dengan orang sabah nie. walaupun bahasa di sini agak kasar. contohnya, conductor bas akan jerit, 'makcik, sini kau!' (dengan harapan makcik tu nak naik bas dia). dan makcik tu pun naik.

orang pun banyak tanya kenapa aku tak beli kereta. aku pun pikir, watpe aku nak beli kereta kalau jalan dari rumah ke tempat tunggu bas adalah seminit. tunggu bas 2 minit. pakcik bas kenal aku, aku tak payah tahan bas atau picit loceng untuk turun. belum sempat aku lintas jalan, sudah pakcik tu tunngu aku di seberang jalan untuk naik bas dia. jadi nak watpe kereta? tapi, kalau sakit susah sikit la. itupun, berapa kali sahaja setahun.
kedekut ke? tak de la. praktikal.

Saturday, October 16, 2010

161010 -housemate

sedikit tentang teacher yang dulu suka pakai heels pegi sekolah tai sekarang suka flats sebab selesa dan rasa cam comel sikit, me.

i'm staying with 2 indian housemates. one was my coursemate. ya, yang 6 tahun tu. satu kelas dari 2002 sampai 2008. jadi kalau bosan2 seronok la bergosip cita2 lama. bila cekgu2 di sekolah tanya aku dok ngn sapa, diorang tatau nak wat muka tekejut ke apa sebab housemates aku indians. kan banyak cita/sitkom di malaysia yang tunjuk masyarakat majmuk dok serumah? takde la masalah besar pun. aku semayang macam biasa. baca quran. posa. diorang lebih respect aku daripada sesetengah muslims lain. siap kalau mau kuar lepak soalan pertama yang diorang tanya aku ialah, 'semayang pukul berapa yanti?'

yang paling best kalau time posa tapi takleh posa. hehe. housemate ku la yang menapau fast food. pernah sekali (posa tahun ni la) aku dgn sorang housemate nie g giant. aktiviti hujung minggu. sebab pening dok umah tatau nak watpe, jadi terus la amikbas g giant. 80 sen je tambang sorang. sampai di sana teringinnya aku mau makan pizza. tahu sajala kalau peod tu kalau kepingin makan, kurang sikit la tahap dia dari org mengidam. tapi lebih kurang la. terpaksa la housemate ku yang g masuk order dan aku tunggu d kedai cd. otw balik pun dia yang bawak. hehehe. i love my housemate.

Saturday, August 28, 2010

280810

shut up!!!

terasa mau jerit camtu pada sesape yang buka atau humming lagu raya.
dok di perantauan ni memang sensitip dengar lagu raya.

and the kids, 'kenapa teacher mau balik semenanjung? siapa mau ajar BI kelas tambahan kami?'
aku, 'cikgu xxx kan ada.'
budak, 'TAK MAU!!!'
aku, 'oi! saya nak balik raya la! bukannya saya tak datang sini terus. lepas upsr ada juga saya tu.'

hish..

Friday, August 20, 2010

21082010

emy's bday today. miss her. much. and the other g squares.

rasanya ada yg tak kena dgn kawan aku yang sorang nie. fb nya tiba2 diactivate. blog nya di-private. running away from someone/something?

tak syoq pulak. mcm tak lengkap.

anyway, another two more weeks and i'd be entertained by, Selamat datang ke penerbangan boeing 737 mas.

is the number correct?

whoa!

Sunday, June 27, 2010

270610

sometimes those who are closest to us are the ones that fail to see and understand the actual 'we'.
macam orang tanya kita la, di tempat anda apa yang best? jenjalan mana best? maka jawabnya, kat sini takder yang best pon. besa2 saja. sebab kita selalu ambil mudah dan terlepas pandang pekara yang selalu dekat atau yang kita ada. ask me what's best in sandakan, and i'd say, 'dalam satu hari round sandakan pon habis dah..'. but, try ask penang, one whole day is not enough for me to tell. (i just love penang)

sama juga dengan manusia. bila dah kehilangan baru nak pikir kebaikan sesuatu/seseorang tu. nak buat apa?

Friday, June 11, 2010

120610

hey, it's not that i hate cats. just not fond of it. however, sudah terlanjur 24 jam hidup bersama kucing makes me dislike them (i still think HATE is not the word). imagine, you live with them not stay ya because they carry out different meaning. but for those who are crazy about cats, even the cat's poo still smell nice. that's out of topic. even the moment i'm writing this, there is a cat licking its fur next to my feet.

i cannot. seeing the cat sitting on the same table while you are having breakfast, lunch and dinner waiting for you to feed it/them. wandering at your feet, sleeping next to you while you are watching your favourite movie on your beautiful-and-new-jati couch-but-with-lots-of-cats' fur-on-it. and the fur(s) [if i could add an S to it!] on your shirt, your pants, your jeans, your tudung and you are full of cats' fur when you are lepak-ing with your buddies. and your bras and panties too because you wash them together with those shirts.
and the cats spray like, everywhere.

i miss my mum.

Friday, May 14, 2010

140510

annoying annoying anoying!
two things annoy me right now, this moment, this particular second are; lazy students and people who always promise but never keep. for today-lah. other days, the list will go on and on.
budak malas really piss me off. ingat aku nie tukang suap ilmu ke apa? kalau disuap pun tak ditelan what's the use? every single word meaning nak ditanya. i usually say, 'what the dictionary man says?' and they would smile and open the dictionary.
and lazy to think! my god, why on earth God gives them brain for? usually, i'll sekeh them with a very thin workbook, in a hope it'd get their brain function well.
those who promise but never keep, you are a SNAKE!

*urgh!

Thursday, May 13, 2010

13052010

hari nie tak sakit/penat seperti besa sbb ada taklimat dari jam 9-10.30 saja. jd tak pegi la sekolah pastu. lepak ngn CM di Old Town pekena nasi lemak dia memang best. kelmarin punya la aku teringin nak mkn nasi lemak old town tp sbb bas tak berenti depan old town aku pon bertukar menu ke kfc. apa2 fast food pun sentiasa berjaya menaikkan mood positif aku. esp kenny rogers.. adus terliur..

can't wait to go to school tomorrow utk menyetelkan hal kelmarin. tak puas ati lagi. next week aku akan wat meeting dah kerahkan semua guru BI to submit their question papers before the exam. mentang2 aku ni muda, cikgu baru, main dgn aku. selama ni aku relax saja, observe diorang pun tak pernah, siap la pasnie. aku nak komen diorang punya pronunciation yg hampeh juga. terutama makcik yg bawa budak masuk bilik ict masa aku ada kelmarin tu. boleh ka dia sebut question tu cushion? bodo ka apa? memang aku sgt marah to the max.

dalam2 dok tak abih yg kelmarin ni, personal matters arises. too personal until cannot be described. how i miss the time with teyl freinds, yg bila ada sesapa jiwa kacau terus bawa g jalan2 dan gelak byk2. sekarang bak jalan2 ngn sapa? housemate pon dok alami krisis anak dara lanjut usia. sat2 ok, sat tak ok. aku pon dah maleh melayan. aku ya kan saja, apa yg dia kata dan buat dek dgn semua perkara. malas nak peningkan kepala aku lagi yg sudah sedia pening.

*teringat dulu p tgk movie Hulk ramai2 dan Aizu belanja dgn saki baki duit yg dia ada.

Wednesday, May 12, 2010

12052010

lama dah tak tulis. cb(bz) sangat. baru2 ni berkecimpung dalam bidang perniagaan pulak. saja la. dah terlanjur dok sini, carila peluang. nnt dah balik kg tak boleh dah, sebab ada husband. i mean tak boleh la active sgt dgn activity luaran nie. (eh, ye ke? tp nnt busan la pulak dak kalau asyik di dalam rumah jaa..) entahlah,balik dan lihat sajala. duduk jauh dari keluarga nie memang sedih, tp ada masa seronok. hehe, itu kena cerita time lain.

hari ni memang hari yg paling hampagas bin kambing biri-biri dalam kerjaya aku. aku dah terlampau penat minggu nie, dan aku juga terlupa nak set soalan exam kh. nak exam macam mana?exam hari isnin nie mula. PK sekolah suruh cikgu tahun 6 semua ajar subjek teras. lepas UPSr baru ajar elektif. tup tup nak suruh adakan exam pulak masa pertengahan tahun nie. tak ke ngok? PSV takpe la, suh melukis je la.tak pueh ati botoi den! jadi aku pun surf internet, ada la soalan KH tahun 6 tapi tajuk yg dia cover adalah jahitan, perniagaan dan perkebunan (ye la kot tajuk kebun tu). padahal tajuk first adalah teknologi dan rekacipta. takkan la aku nak suh budak cover 3 tajuk tu kot sdgkan aku tak penah ajar apa2? jd aku pun decide nak guuna soalan thn lepas sbb soalan thn lepas cover satu tajuk nie saja.

mcm biasa aku misplaced soalan tu tak tau pi mana.aku pun minta dari cikgu yg wat soalan tu tahun lepas merangkap bff aku di sekolah tu la. aku bgtau dia aku guna soalan dia, dan dgn selambanya dia kata, 'pape ko jawab sendiri ya?' apakah maknanya itu?

dah aku tensi sedikit, aku pun pi berehat di tempat yg paling best di sekolah aku iaitu bilik Ict sbb bilik tu saja yg ada aircond. aku pun bgtau guru bestari bahawa aku nak guna bilik tu dari jam 1-2ptg sbb ada kelas tambahan.dia kata ok. sekali masa tgh aku wat kelas tambahan, ada makcik nie dtg. dan cikgu bestari tu dtg tanya aku, jam berapa habis. kenapa pulak? dia kata makcik tu nak guna. #%^$#^. tunggu la. aku yg datang dulu. lgpun dalam jadual penggunaan takde kelas dia, dan ikutnya aku la yg book dulu dari cikgu tu.

mentang2 la cikgu bestari tu makcik dia terus dia suruh anak murid yg darjah 1 tu masuk!!! %$&)*^%^^^%$!!!!!!!geram gila aku. aku memang nak sound cikgu bestari tu sbb izinkan makcik tu wat mcm tu, tp masa tu dia tgh pening sbb darah dia naik. kesian pulak aku..
(tengok? aku kesian kat org? org buat perangai huduh dari ba**)

aku pun bawa abak murid aku ke dewan, siapkan keja dan main language game sebelum pulang. seriously aku benci jadi baik!

Monday, April 5, 2010

we are teachers

sengaja ba aku, otw mau pulang, cekgu ini sudi menumpangkan aku ke kedai tapau. mngkin dia sudah bosan drive sorang2. dan ini adalah kali kedua dia ajak aku naik kete dia. rezeki jgn ditolak. sep rm1.2o aku.
dia s/u aku/ s/u panitia. dia ada anak, ada cucu tp org nya takde la nampak tua. gb aku baru beberapa bulan kematian isteri jd cekgu2 sekolah pon mula menggosipkan dia dgn gb sebab diorang sama agama. aku cuma sengih saja. kdg2 syoq juga tumpang sekaki/ lawak pulak tgk org baya2 tu mengorat. cekgu ni pon dah lama bercerai dgn suami dia. ada juga aku dengar dia ada boifren di bandar lain. ntahla.
aku pun menanya, anak berapa, anak dok mana, saja pemecah sunyi.
'anak yg sulung umur 29 suda'
eh, aku lagi muda la dari anak dia. 'anak yg kedua?' 27 katanya.
terus aku kata, 'la, kalau mcm tu saya tak boleh panggil kakak la, kena panggil auntie!'
apa la punya mulut. laju ja aku cakap. kesian dia. mungkin dia pon termalu sbb aku ni lg muda dr anak dia pastu kantoi dia ngorat gb.
haha. aku pin cover balik, 'eh, tak boleh. kena panggil kakak juga sbb keje sesama'
dia senyum saja.

Thursday, March 25, 2010

teacher says, pupils follow

yesterday, i carried out oral test for 6c. and due to the period had ended and i still needed to finish up with these two boys, i called them to the class next door (the children of that class went to take wudhu' for their agama class).

as they could barely write and read in Malay, even more English i gave this first boy a pencil. and asked him to draw. (yes, they only copy excercises in my class and this first boy always does not bring his excercise book).

i asked him to draw a boy. 'Tak tau, teacher', he simply replied. 'A boy', and i pointed at him. the other friends next to him told him to draw a boy (in Malay). so he drew.
and asked him to also draw a girl, and a teacher. he drew, with the help of his friends translation.

i pointed to the teacher that he drew. 'Who is this? This is a..' i waited for him to finish up my sentence. he did not. his friends said, teacher. and he repeated. i pointed to the girl and the same thing happened. lastly, i pointed at the boy, with the same question. the friends said, 'Kita diam wei, biar dia sebut!' silence. 'Who is this?' i asked again. i waited for the word boy to come out from his mouth. silence. i got irritated. 'Who is this? a pondan?' i said, synically.

and he said, 'A pondan'.
we burst out.

Wednesday, March 24, 2010

yang terbaik untuk diriku

sebagai seorang murid dan pelajar, aku sangat tidak suka (if i use hate it would sound very mean) kepada guru-guru yang emo dan selalu naik angin pada pelajar. bukan juga aku suka pada guru yang terlalu menurut pelajar kerana aku akan jadi malas pada pelajaran yg diajar oleh guru2 yang terlalu easy on the students.
jadi bila aku jadi cekgu, aku jadi guru yang tegas tapi friendly. budak2 akan terus diam bila aku tinggikan suara ataupun aku pegi pada diorang. pengajaran berfokus dan ada masanya bila aku bagitau budak, 'today we will do activities' they would go Yeay! because this means, singing, games, quiz etc. i have to do this because of two reasons; 1) i want them to love english and 2) i want to hear them laugh and laugh with them
tapi bila budak2 naik tocang, dan menoda kesabaran aku sebagai seorang guru, aku selalu wish dan bertekad untuk menjadi seperti guru yang mereka takuti agar mereka duduk dgn tenang dan menulis di meja masing2. guru yang mengherdik sehingga aku sendiri pon takut. dan beberapa kali juga aku cuba memarahi budak mengikut cara itu. perkataan-perkataan itu tak keluar. tak dapat keluar.
biarla guru2 lain menjeling ataupun datang ke kelas aku utk marah budak bising semasa aku dalam kelas sebab ingat takdak cekgu (kemudian patah balik bila nampak aku ada) sebab aku tau apa aku buat, dan apa yg aku nak.
aku cuma mau yang terbaik untuk budak2 tu. kalaulah diorang dan MAK BAPAK diorang boleh paham.

Tuesday, January 26, 2010

macam tu kan teacher?

budak nie walaupun year 6 tapi pendek. pendek tapi tersangatla nakal. suka potong pemadam dalam kelas, tapi sangat responsive dalam kelas.
satu hari budak2 kena salin latihan dari papan putih utk dibuat dalam buku. kebetulan kawan depannyasedikit tinggi. disebabkan budak tinggi ini siap sudah, jadi dia pon tak berhenti bergerak. budak kecik ni pula berlumus tungkus menyalin. salin pon belom siap apatah lagi jawab soalan.
dan dia kena cepat sebab, kalau tak siap lambat la keluar rehat.. punyala dia geram kat budak tinggi tu seraya berkata dengan suara yang nyaring,
'tepila sikit kepala tu bodoh!'
terus aku mereply,
'eh, jgn cakap bodoh dalam kelas saya. sebut pandai. saya tak nak lagi dengar perkataan tu.'

5 minit selepas itu,
'tepila kepala kau tu PANDAI!'
aku terus pandang budak tu.
'macam tu kan teacher? tak boleh cakap bodoh kan?'
=))

pening

hari ni sangat la penat..mungkin beban2 kerja yang sebelom ini terkumpul dan penatnya terasa sangat hari ini. jadi takde mood nak marah udak yang saja2 tak bawa buku sebab nak attention dari cekgu, budak yang masa aku bagi penerangan dia dok angkat kerusi letas atas meja, budak yang dok jerit 'teacher, teacher! buku apa?' walaupun selepas aku bagitau 3 kali,
kali pertama: Please use your english 2, ya?
kali kedua: (mengulang instruction dalam Bm) Guna buku english 2
kali ketiga: Saya kata English 2 bukan english 1.

masuk kelas C, dan aku minta budak tulis jawapan dioarng di papan putih untuk perbincangan kelas.
'teacher, saya tak paham dia tulis apa!'
'takpe2, nanti saya tulis balik. saya tau tulisan saya cantik'

budak tu sengih2 je. aku sengih balik.

*kenapa aku cakap macam tu??

Wednesday, January 6, 2010

nu year's stories

friends wrote these as their status in Facebook~interesting!

felt like squeezing several Year One students today when she saw them crying, when they didn't know where to sit~Adorable! -sarah

teacher-"okay. from this information, you will do short ESSAY. you know what is ESSAY?" student- "i know teacher. AC mizal. AC di sini. sempoi......" - chacha

D kelas sblah aku t.dngar~ guru: apa living things? Pupils: bnda hdup. Guru: apa non living things? Pupils: bnda mati -zetty

had a good laugh AGAIN in class for the beginning of the year. I teach the kids to say, "Sir, I finish already" if they are done with their work and what I am getting now is, "Sir, I 'pinis' already". I wonder if they know the meaning.. :p -matno

teacher:apa azam kamu tahun nie?
murid: teacher, azam tu apa?
teacher: azam..kamu tak tahu azam? azam tu nama kawan kamu tu ha..
-jegaka