Tuesday, January 26, 2010

pening

hari ni sangat la penat..mungkin beban2 kerja yang sebelom ini terkumpul dan penatnya terasa sangat hari ini. jadi takde mood nak marah udak yang saja2 tak bawa buku sebab nak attention dari cekgu, budak yang masa aku bagi penerangan dia dok angkat kerusi letas atas meja, budak yang dok jerit 'teacher, teacher! buku apa?' walaupun selepas aku bagitau 3 kali,
kali pertama: Please use your english 2, ya?
kali kedua: (mengulang instruction dalam Bm) Guna buku english 2
kali ketiga: Saya kata English 2 bukan english 1.

masuk kelas C, dan aku minta budak tulis jawapan dioarng di papan putih untuk perbincangan kelas.
'teacher, saya tak paham dia tulis apa!'
'takpe2, nanti saya tulis balik. saya tau tulisan saya cantik'

budak tu sengih2 je. aku sengih balik.

*kenapa aku cakap macam tu??

No comments:

Post a Comment