tiap hari aku g skolah naik public transport iaitu bas atau sebenarnya bukan bas tetapi van. yang di sini dipanggil bas kecik atau van-van. tambang mahal 20 sen dari bas besar (biasa) tapi sampai awal ke destinasinya sebab purata laju bas adalah 80km/j (tak termasuk jalan ke batu putih iaitu jalan ke sekolah ku kerana di situ bus driver akan bawak laju sbb tak banyak kenderaan kecuali pada hari jumaat sebab hari jumaat kurang orang jadi dia bawak lambat-lambat sambil mencari orang untuk naik bas dan kerana laju maka banyaklah anjing-anjing yang mati accident dan aku pernah terlanggar anjing besar dan anjing tu terus mati, well bukan aku yang langgar tapi bas yang kunaiki itu). wah 91 perkataan dalam satu ayat! record.
berbadan agak kecil memudahkan aku insert diri dalam bas. secara jujur aku rasa perkhidmatan bas di sini lebih cekap dari semenanjung. at least better dari perlis. masa maksimum aku tunggu bas di sini ialah 10 minit. selalunya 2 minit cenggitu akan ada bas sudah. jadi penumpang di sini agak kerek la dan boleh pilih bas mana yang diorang akan naik walaupun destinasinya sama sahaja.
walaupun begitu, aku rasa baru 3 kali kot dalam masa 2 tahun menjadi penumpang setia bas di sandakan aku terpaksa berdiri dalam bas. itu bas besar la. kalau van, semua penumpang duduk. sebab bas banyak, jadi tempat duduk selalu ada. aku ingat lagi awal tahun nie, aku di stesen bas bandar mau pulang ke rumah. conductor bas nie dok suruh aku naik bas dia. aku banyak pilihan bas sebab rumahku di tengah-tengah jalan antara bandar ke tempat lain. aku tengok banyak betul orang dalam bas jadi aku pun tanya, 'ada tempat ke?' dia kata ada. aku jawab 'macam tak ada je..' sekali dia bala, 'kalau kau kena berdiri, kau nda paya bayar.' sambil tersengih aku naik, dok wish juga kena berdiri. hehe. ada la pulak tempat.
banyak kisah sebenarnya aku dengan bas di sandakan nie. ada kisah pakcik koboi (pakcik driver yang tua sikit dari bapaku pakai topi koboi bawak bas) yang suka pasang lagu dangdut sedih dalam bas dan poco-poco dan kelajuan dia bawak bas bergantung kepada kelajuan beat lagu. pakcik driver akan tunggu penumpang yang 300m jauhnya dari jalan, berjalan lenggang mak limah ke bas alih2 bila sampai kat bas dia kata tak mau naik. bas akan berhenti exactly di tempat yang nak dituju walaupun tempat tu sebenarnya hanya sekangkang kera dengan tempat perhentian sebelumnya. macam-macam lagila. ada jugak aku dengar kes, ada orang kena raba dalam bas, tapi alhamdulillah pengalaman ku setakat nie semuanya baik-baik belaka. sampai aku pun kadang-kadang merasakan diri sangatla tidak baik kalau nak dibandingkan dengan orang sabah nie. walaupun bahasa di sini agak kasar. contohnya, conductor bas akan jerit, 'makcik, sini kau!' (dengan harapan makcik tu nak naik bas dia). dan makcik tu pun naik.
orang pun banyak tanya kenapa aku tak beli kereta. aku pun pikir, watpe aku nak beli kereta kalau jalan dari rumah ke tempat tunggu bas adalah seminit. tunggu bas 2 minit. pakcik bas kenal aku, aku tak payah tahan bas atau picit loceng untuk turun. belum sempat aku lintas jalan, sudah pakcik tu tunngu aku di seberang jalan untuk naik bas dia. jadi nak watpe kereta? tapi, kalau sakit susah sikit la. itupun, berapa kali sahaja setahun.
kedekut ke? tak de la. praktikal.
No comments:
Post a Comment