Tuesday, January 26, 2010

macam tu kan teacher?

budak nie walaupun year 6 tapi pendek. pendek tapi tersangatla nakal. suka potong pemadam dalam kelas, tapi sangat responsive dalam kelas.
satu hari budak2 kena salin latihan dari papan putih utk dibuat dalam buku. kebetulan kawan depannyasedikit tinggi. disebabkan budak tinggi ini siap sudah, jadi dia pon tak berhenti bergerak. budak kecik ni pula berlumus tungkus menyalin. salin pon belom siap apatah lagi jawab soalan.
dan dia kena cepat sebab, kalau tak siap lambat la keluar rehat.. punyala dia geram kat budak tinggi tu seraya berkata dengan suara yang nyaring,
'tepila sikit kepala tu bodoh!'
terus aku mereply,
'eh, jgn cakap bodoh dalam kelas saya. sebut pandai. saya tak nak lagi dengar perkataan tu.'

5 minit selepas itu,
'tepila kepala kau tu PANDAI!'
aku terus pandang budak tu.
'macam tu kan teacher? tak boleh cakap bodoh kan?'
=))

3 comments: