Wednesday, April 29, 2009

surat cinta budak sekolah

aku pergi dan pulang dari sekolah menaiki bas. yang bestnyer aku tak payah pun tahan bas dan tekan loceng sebab pakcik bas dah kenai aku. kes ni pun berlaku dalam bas. semalam (28 april) dalam perjalanan pulang, aku naik bas dengan budak kelas aku (pompuan). cantik budaknya. nama fauziah.dalam kelas memang jarang cakap. banyak senyum saja. sebelum turun dia tetiba menghukurkan sesuatu kat aku. aku teragak2 nak amik tapi memandangkan dia anak murid aku, aku pun amikla..yela, yakkan dia nak bagi bom plak kat aku kan?
aku dapat sampul surat yang berbalut plastik (nak bagi tahan air kot). dan bila aku buka surat tu nilah,
sebelum buka bacalah 'bismillah'
selamat berkenalan
daripada : fauziah
kepada: cikgu shahdayanti

Assalammualaikum cewek....!
Cikgu apa khabar,sihat juga ke,Harap cikgu sihat sejahtera. Cikgu, Tujuan saya menulis surat ini saya ingin menyampaikan pesanan daripada abang angkat saya. Dia ingin meminta nombor telefon, alamat rumah dan biodata cikgu, Harap cikgu ingin berkenalan sama abang angkat saya. Dia pernah melihat cikgu berapa kali. Tujuan Abang angkat saya meminta no fon,alamat rumah dan biodata untuk berkenalan sama cikgu sebagai kawan biasa saja. Abang angkat menyuruh saya menulis surat ini kerana ada sebabnya kenapa dia menyuruh saya menulis surat ini. Oh ya terlupa bagi tahu cikgu jangan salah sangka ya dan balas surat ini cikgu jangan lupa ya...!
Nombor telefon :
alamat rumah :
Biodata :
nama:
Nama semaran:
Tarikh lahir:
Tempat lahir:
Mi. kegemaran :
Ma. kegemaran :
Patung kesukaan :
Lagu kesukaan :
Orang dicintai :
Moto diri :

dan hari ni dia tak angkat muka langsung dalam kelas..malu ke apa tatau la..huhu

p/s berani tol dia panggil aku cewek??!!

Friday, April 24, 2009

yeay!

jumpa satu lagi kedai kek ~7 heaven.
tempatnya agak best.
kek dia nampak menggoda. (siap ada kek durian lagi, which is i'd nver buy, tapi tu pon nampak memberangsangkan)
dia punya worker bukan chinese, pure sabahan (hehe..comey2..)
and dia punya chocolate cake rm5 jer. biar betol?

p/s macam ada tempat favourite baru nih..

teacher mogana..

this is mogana a.ka. my beloved housemate. yesterday she went to school wearing long black skirt and a black blouse. when she was teaching, suddenly a kid shouted, "Cikgu! dia kata cikgu menggoda!" - year 4
then when she went into another class this bunch of boys were making so much of noise until she had no other word to say but, "cikgu harap kaum lelaki ni pupus la.."
the boys then replied, "boyfriendd cikgu pun pupus la? cikgu nak cium siapa nanti?" -year 6

p/s masalah betol!

Thursday, April 23, 2009

location : 6C
date : 23 April

i went into the class gave each student tasksheets. one of the girl went missing and i knew she was in school today. so i asked her classmate, "aima mana?" shea answered "pulang' "kenapa?""dia uzur, teacher". "uzur?" "ye."waht's the connection?kalau uzur kena pulang kah? "lepas tu kalau uzur kenapa pulang?" "tembus." 'ah?' 'tembus teacher', she replied. budak2 lelaki dalam kumpulan tu just stared at me, not showing any emotion. ni paham ke tak nie?bagusla kalo tak..hm..

Monday, April 20, 2009

location : school hall
time : 10.30 pm
event : motivational camp

malam tu ada program penghayatan utk budak2 darjah 6 yang join kem motivasi. malam penghayatan tu diadakan di dewan sebelah masjid sebab dewan tu bertutup (senang nak bagi budak2 tu menangis..)sementara dok berbaris, aku pon jalan2 check baris. tiba-tiba ada sorang budak panggil.namanya haimar (cita-citanya nak jadi pemburu).dia tanya, 'beratur nak pegi mana?' 'ke masjid.' 'kenapa nak pegi masjid?''eh,pegi sajalah..''diorang nak sembelih kami kah?' mukanya serius. hah?aku terpinga..kenapa nak sembelih plak?tapi memandangkan haimar tu agak tembam aku pon terus mengusik, 'a'ah nak sembelih kamu, kalo nak sembelih fazlay tak cukup isi..' referring to fazlay yang berada di dapan haimar.fazlay ni kecik dan kurus.fazlay mencelah, 'teacher,bukan nak sembelih yang dalam seluar kah?' macam nak terkeluar bijik mata aku dengar fazlay ni cakap macam tu. terus aku tunduk dan tanya pada dia perlahan, 'kenapa kamu tak potong lagi kah?' 'belum lagi teacher.." PANG!kena ketuk dengan aku sekali sambil aku blah dari situ..

Friday, April 17, 2009

sapa punya keje angkat tangan?!

tadi pengawas RMT yang aku suka2 ati lantik sendiri datang jumpa minta kad RMT untuk diberi pada setiap budak RMT kelas aku (6B)..punyala aku selongkat seluruh meja, laci, kerusi sume tak jumpa kad tu..cikgu depan aku pun dok menyelongkar juga tolong aku carik..pegi kelas tanya lagi budak kot2 la ada budak terambil tapi tak de sapa pun ngaku..masa rehat tu terpaksala aku g jumpa makcik kantin bagitau aku dah ilangkan kad budak2 tu..petang tadi aku g sekolah kejap amik fail and aku pun gtau cikgu RMT yang aku dah ilangkan juga..bila aku ke tempat aku utk amik fail, ada sume kad RMT atas meja aku. betul2 atas meja aku dengan haramnya..sapa n*)gi2#%@ nih?

Thursday, April 16, 2009

today was a VERY stressful day for me..memang macam haram kat sekolah..tapi takpe sebab lepas sekolah g lepak ngan kedua2 housemate kesayangan kat Vedablu~makan double chocolate moist..sedap Jesselton lagi..and Jesselton cheaper..(those in Sandakan would agree with me!)
and talking and laughing all the way..and half an hour after that, we went to have pizza..huhu...so full~
with food and laughter..
yeay..

Monday, April 13, 2009

routine

just realize,
early in the morning when i reach school i'd go straight to the canteen and buy kuih
that if i got class early (7 a.m)
if not, i'd go write my attendance and go to the cantenn ordering nasi. yes, nasik as early as 7 am.
sorry, saya perut melayu~kena makan nasik.=))
kalo saya marah budak lepas kelas terus pego order milo nai ping (milo ais).
kalo tak, mark buku dan bercerita (berbual) dgn guru.
pastu balik.

p/s : i wake up at 5am sebab my school starts as early as 6.30am.
cikgu2 semenanjung sanggup?

pocho-pocho

let's shake it, baby!

langit sandakan~tak kenal maka tak cinta

let's start with introducing my second home~SANDAKAN!


one of the fishing village that we got. this one is at sim-sim (yes, the place name is sim-sim; the best place for ikan bakar)

my favourites!!!=))

should try the tongue twister~bar burung biru baru..
once again, please!

this is Sandakan City and the locals

not sure whether these are locals or the philippinos.
yes, still in Sandakan City

can you see the fin?

jejakas handsome playing kompang for a wedding feast

sandakan tamu

entering the city

this is the muslim cemetry. here, muslims are buried not in the flat land.
this one was after a landslide and the bones and skulls (of dead people) coming out and fell on the road. that's why they covered the cemetries. scary, huh?

Thursday, April 9, 2009

murid-murid kesayanganku punya cerita

can you believe lovely kids like these could do so much to your heart?
p/s the kids mentioned are not in the pic

kes 1 (Apr 7, 2009)
budak sorang ni anak cikgu, kelas terpandai tahun 6 dan paling pandai dalam kelas. memang terkenal kerana kemalasannya membawa buku dan membuat kerja. tapi disebabkan kepintarannya jadi melepaskan dirinya dari selalu kena denda. dia memang jarang bawak dan hantar homework nya pada saya..until hari ini la..saya denda satu kelas berdiri atas kerusi kerana semuanya salin salah jawapan yang say beri..this boy datang dan tanya, 'teacher, saya kena berdiri atas kerusi juga ke?' i asked "why?where's your book?' he replied, 'saya tak hantar' then i said, 'ok, hantar sekarang..' 'saya tak bawa..' hish..saya geleng kepala..bila kerja diberi i said to him, 'dah kamu tak bawa English 1, guna English 2 for this exercise' 'tu pun saya tak bawa teacher'. 'kenapa tak bawa?' he thought for a while.. 'saya rasa kan teacher..buku saya..' sambil berpura pikir.. menyirap darah saya. 'buku apa yang awak bawa?buka beg sekarang!'dalam 4 buku english, dia cuma bawa textbook yang saya pesan tak payah bawak until i said so.
saya pun terus suruh dia bawak keluar meja dan kerusi dia dan semua barang dia dan duduk di luar kelas..
esoknya, dia bawa semua buku english..

kes 2 (Apr 7, 2009)
kes ini berlaku selepas satu jam dari kes pertama. memang hari tak ong bagiku. budak ini pernah datang ke sekolah last year dengan pipi yang biru. bila ditanya dia memberitahu dia ditumbuk oleh bapanya kerana dia telah menyebabkan ibunya sendiri lari dari rumah. pelik tapi itulah yang dikatakannya. semasa aku mengajar 6b sentence construction, this particular boy started singing~not very loud but enough to be heard from the teacher's table. saya cuma pandang this boy hoping he would understand. dia senyum and i continued the lesson. then terdengar lagi dia menyanyi and i stopped the lesson and announced, 'ok sekarang we'll watch a performance by -'. all pupils clapped their hands and this boy tak bangun dari tempatnya. i said i would only continue the lesson if he sang and he did not. he just stood there in front of the class after taking his own sweet time to wear his socks. i got so annoyed and said 'awak pilih sekarang, nak menyanyi dalam kelas dan duduk atau turun di bawah tempat panas tu dan menyanyi sampai dengar dalam kelas?''saya nak menyanyi di bawah' so he went down and he did not sing and i said, 'selagi kamu tak menyanyi berdiri la kamu di situ'. i continued the lesson and when i turned he was doing shuffle tengah2 panas. saya pergi tegur and asked he to sing so that he could come in and dia cuma senyum. sakit hati betul tengok dia senyum.after 10 minutes he was outside, i asked him to come in. kesian pulak..demam kang anak orang..di depan pintu kelas dia tak masuk cume menyorok di belakang pintu.. bila saya keluar mencari dia dan suruh dia masuk dia cakap tak nak.punyala saya bengang saya heret tangan dia masuk.dia melawan.bila saya cakap saya akan bagitau ibu bapanya perangai dia denagn senyum dia menjawab, 'teacher tak tau rumah saya di mana..' saya cubit pipi dia dan kata 'eh,saya cikgu kelas kamu saya ada alamat kamu, no.tel pun ada.' itu bukan nombor saya' dia senyum lagi. saya suruh dia duduk dan semasa saya mengajar dia menyanyi lagi dan apabila saya toleh padanya, dia teruskan menyanyi sambil tersenyum..dan menyanyi..saya terus terkeluar 'pergilah balik,saya benarkan awak balik sekarang.. saya tak nak tengok perangai macam awak dalam kelas saya.' dia tak balik tetapi keluar dari kelas selepas senyum pada saya..saya benci senyum itu!

kes 3 (Apr 9, 2009)
sebelum memulakan pengajaran di kelas 6c saya memberitahu 'saya akan ajar topik yang sangat penting uk UPSR jadi saya tak nak orang bising atau bercerita (berbual). kalau ada yang tak minat belajar sila keluar dari kelas sekarang kerana kamu akan ganggu kawan2 yang nak belajar. saya tak marah. ada?'no one got out.'lepas ni kalau ada jugak yang buat bising atau bercerita saya akan suruh kamu bawak kerusi meja kamu duduk di luar kelas-buat kerja di situ, boleh?' 'boleh teacher'. so i started. ada beberapa murid yang memang tak dapat mengawal mulut dari bercakap. ada banyak yang memberi perhatian dan respon towards the lesson. tapi bila keadaan mula bising i whispered to myself 'ni tak boleh jadi ni, budak2 ni ingat aku tak serius..' terus i called out one boy who was talking at the moment. bapa budak ini orang filipina. bapanya sudah meninggal akibat kemalangan jadi ibunya tinggal di tempat lain kerana bekerja dan dia tinggal dengan makcik nya.memang selalu ponteng sekolah. saya suruh dia bawa semua meja,kerusi,beg semu keluar kelas dan buat kerjanya di bawah. dia berdiri seraya mengadu bukan saya, A yang ajak saya bercerita kenapa dia tak kena? saya jawab, "saya nampak kamu bukan dia, jadi keluar sekarang dengan barang2 kamu!' muka dia memang marah, merah dan matanya berair. semasa di hadapan pintu kelas dilemparnya pensel dan buku dlm tangannya kerana protes. saya terus tinggi suara 'ambil balik buku kamu tu!' dia pun ambil dan kemudian pergi menghentak2 mejanya. saya yang berdiri di depannya mengarah, 'duduk!' 'kalau saya tak duduk?!" dia menengking saya seraya memukul mejanya dengan sangat kuat. saya terus menengking dia 'saya kata duduk!' murid lain semua memandang dan senyap. saya tak pernah marah budak sebegitu. malah saya dikenali sebagai cikgu yang tak marah budak. tapi ini sudah terlebih. selepas saya tengking budak itu duduk dan menghentak kakinya pada kaki meja. saya terus masuk ke kelas dan berkata, "kalau perangai kamu macam ni kamu ingat orang akan suka kamu? biadap macam tu?''tidak..' jawab budak2 perlahan..saya teruskan pelajaran dan bila saya toleh, budak tu sudah tiada di kerusinya. kawan yang pergi ke tandas memberitahu dia sembunyi di bawah kolong sekolah.saya tak sempat memanggilnya utk berjumpa dia selepas kelas kerana dia pulang awal untuk settlekan yuran kem motivasi.
saya akan hantar pada guru disiplin.
kalau saya sendiri yang denda nnt ibu bapa datang dan saya pula yang salah.
tapi sikap macam tu memang siapa pun tak boleh terima..