i don' feel loved. kadang-kadang better rasanya aku di sini. tak perlu pulang. biarlah kehidupan aku sebegini selamanya. aku dan Tuhanku sahaja. bila terjadi sesuatu memang rasa tidak dihargai, memang seperti hati ini tiada siapa yang ambil peduli. mungkin ini yang Tuhan mau tunjuk padaku. betapa aku tak bersedia. betapa banyak kesilapan yang telah kulakukan dan penebusannya adalah saat ini.
satu orang tak bermakna sendiri. aku banyak berfikir. sepi itu ada. tapi sudah terbiasa seperti bayang-bayang hitam yang mengekor. jadi aku tidak takut. walaupun sudah separuh badan aku tenggelam, tapi aku masih bernafas. dengan izin Tuhanku. tersenyum tapi tidak gembira. at least, masih ku simpan senyum ini.
perlu keputusan mendalam tapi aku sudah tidak mampu berfikir kerana terlalu muak dengan situasi. kun, fayakun.
No comments:
Post a Comment