Tuesday, December 23, 2008

kids writings

Kalau saya ada RM10 juta, saya akan..

I gave this question to 12-year old kids and most of them wrote they would like to buy houses, donate to the orphans and travel. But these are some eye-catching answers that amused me and made me think for quite a long time.

Membeli sebuah rumah besar dan cantik untuk kami sekeluarga. Saya akanmembelikan ibu bapa saya pakaian yang cantik kepada mereka dan saya akan membelikan kakak dan abang saya komputer dan peralatan sekolah mereka.
Di sekolah, saya memberi wang kepada rakan saya yang tidak mempunyai wang untuk makan ketika rehat dan saya akan memberikan uang (wang) kepada mereka yang memerlukan wang untuk sekolah atau untuk menanggung pembayaran sekolah.
Saya akan membelih (membeli) sebuah basikal yang bagus dan cantik untuk keperluan saya kemana-mana saja yang saya inginkan contohnya untuk ke rumah kawan dan belajar ataupun membuta sebarang projek.
-Dayang Suhana Salim
Saya akan membina sebuah perabot saya akan mencari orang untuk bekerja dengan saya saya akan bekerjasama dengan semua pekerja saya.
Saya juga akan membeli sebuah rumah – dan kereta yang berwarna merah ia itu Kelisa. Saya akan menghias rumah baru saya dan membeli seekor monyet dengan membeli sebuah telefon ganggi (canggih) berharga Rm300 ringgit.
Saya juga akan membeli sebuah almari untuk menyimpan pakaian saya.
-Mohd Norsairizal
Saya akan membeli kereta dan menukarkannya kepada kereta sport.. dan selebihnya saya membeli motor dan saya ubah menjadi motor lumba. Saya akan berlumba pakai kereta atau motor. Saya akan membawa kereta saya pergi kemana-mana ke Bandar Sandakan, Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.
-M. Adzlan Abdullah
Saya akan memberi kawan-kawan makan minum fere (free)..
Saya akan memberikan wang RM10 juta ini untuk ibu bapa saya balik ke kampung dan abang saya tak paya (payah/usah) lagi berkerja keras untuk mencari wang.
-Suriani A. Rahman
Saya akan mebeli (membeli) mainan adik dan saya membeli seekor kuda yang cantik dan kapal terbang.
-Zulfarid
Saya ingin membeli gaint (pasaraya Giant). Apabila saya membeli gaint (Giant) saya ingin mencari perkerja (pekerja) yang bagus.
Saya akan membeli bazoka, senjata dan juga kereta kebal. Saya arus(?) membeli ban(?) untuk saya teriping (?). Saya ingin membeli tintong (?).
-M. Hafiq
Saya akan beli kereta harganya satu ribu dan saya juga beli rumah yang paling besar harganya dua ribu. Saya mahu beli kapal terbang harganya 10 ribu. Saya mahu beli TV 100 kg.
-Muhammad Rusdie Nurdi
Saya membeli kereta Proton Saga.. membeli tanah perkuburan manusia dan saya akan menjadi toki (tauke) minyak petelor (petrol).
-Jumaat Adisil
Saya akan membeli tapak untuk menanam padi.. saya akan membeli seekor kucing..saya akan membeli seekor arnab yang berwarna putih coklat, saya akan menjaga kucing dan arnab itu dengan bertanggungjawab. Saya juga akan membeli beberapa ekor ikan emas.
-Syahkilla Alias
Saya akan beli kapal terbang RM40000
Saya akan beli ladang kelapa sawat (sawit) Rm15000
Saya akan beli kereta rusa RM25000,500
Saya akan beli badak subah (Sabah) RM4000
Saya akan beli kilang papan RM6000
Saya akan beli kalap (kapal) angkasawan RM5000
Saya akan beli kasut jalan RM400
Saya akan beli sotong RM100,50
-Fazli
Saya akan membeli kereta mewah dan membawanya pulang dan kami sekeluarga akan bersedia untuk pergi ke Kuala Lumpur. Selepas itu kami pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli sayur.
-Rosimah Sukiran
Saya akan membeli kereta baru dan membawa keluarga saya pergi bercuti di Pulau Tioman.. saya akan mendirikan sebuah sekolah yang bernama Sekolah Taman Muhibbah.. saya akan membeli tanah besar di KK (Kota Kinabalu) dan saya akan mendirikan sebuah kedai besar..
-Masliana Pandrek



1 comment: