Thursday, November 11, 2010

101110 - sukan aneka

syoq kemarin.
ada sukaneka tahun 6. dan aku dengan ngek nya pi pakai baju kurung. duh! awat tak tau. oh, sebab aku dah basuh kasut sukan power aku yang putih melepak dan simpan dalam kotak dah pun. bersemangat mau pulang. ish, minggu depan saja. yes.
seronok la gelakkan org. ustaz yang menghandle acara nie memang aku tengok dia pun suka sukan. sebelum nie dia penyelaras tahun 6. disebabkan awal2 tahun dulu dia sibuk, jd PK nk lantik aku jd penyelaras tahun 6. waka waka! seb baik cikgu kaunseling nie tawar diri sebab beri kemudahan pada dia utk wat aktiviti kaunseling. dalam hati, alhamdulillah. aku pegang S/U tahun 6 2 tahun la. tak kesah.
tapi, setelah lama2 aku byk rujuk pada ustaz nie utk aktiviti dan secara tidak langsung dia yang aku tulis sebagai timb. penyelaras on paper secara otomatik bertindak sebagai penyelaras. tak kesah la. baguih gitu. semua wat keje sama2. tolong menolong amalan mulia. dan aku pula nampak cam timb. penyelaras merangkap bendahari dan penyelaras sebenarnya jadi S/U. pape je la. janji aktiviti, jalan. 
ada satu sukaneka tu, tiup tepung cari gula2. besa r kan tu? tp yang bestnya, budak2 nie kena basahkan muka dulu. habis la tepung kena muka. apa lagi, gelak la semua di situ.
*sila fokus pada budak laki belakang yg pakai baju biru. Yusrin. budak paling tinggi di sekolah. even aku pakai wedges 5 inches pun dia tinggi lagi.

pastu ada lari sibuta. budak laki kena tutup mata pastu pegang tali yg diberi pada budak pompuan dan budak pompuan bawa diorang lari pusing 2 round.
budak nie, zikrullah namanya. memang nakal. ustaz (yg 'menjadi' penyelaras selalu usik dia, 'nama zikrullah, perangai masya Allah, lama2 inna lillah') dah namanya budak nakal. sengih saja. masa hari last upsr, paper BI lagi tuh, dia pi baling sarang penyengat atas pokok dekat kolam sekolah, terus kena sengat. dengan muka bengkak, sampai aku tak cam dia, dia sengih dan pi jawab exam. aku tanya ok ka? ok cigu! dengan confidentnya.
dalam kes lari buta tu, kebanyakan budak laki nak menang jadi diorang lari terus tanpa pedulikan budak pompuan yang lead. zikrullah nie lari tak brek, terus melanggar dinding dewan. dinding tu daripada zink. memang kuat gila bunyi. semua terkejut. dia terbaring dalam 5 minit. senyap. semua cuak. pastu dia bangun sambil ketawa2 dan berkata, adoi sakitnya!
lepas tu ok balik, sengih2, main permainan lain, dan sebelum jamuan persembahkan nasyid lagi.

video
*zikrullah adalah lead singer sebelah kiri. baju belang2. selamat berkenalan!

dan aku dengan sukacitanya memberi idea kepada budak2  untuk buat dance performance. sebenarnya ustaz tu yang suruh. hahaha. siap dia assisted aku ajar lagi.


YES. WE DID HAVE LOADS OF FUN!