Tuesday, November 24, 2009

kisah kesayanganku (?)

budak2 sekolah dikehendaki mengisi borang Sistem Maklumat Murid untuk data sekolah. ada seorang budak ni, lambat hantar borang jadi dia pun dgn cuaknya bawak borang tersebut bertemu guru kelasnya. and it happened i was there, next to the class teacher.
murid: cigu, nie (sambil menyerahkan borang tersebut)
guru: (mengambil seraya menyemak borang tersebut~guru terhenti sejenak di bahagian bilangan ahli keluarga)
adik beradik kamu 10 orang?
murid: (mengangguk)
guru: ni nombor kad pengenalan bapa kamu kenapa tak isi?
(murid hanya memandang)
bapa kamu ada ic ka? mykad? ke kad pengenalan sementara?
murid: (mengangkat bahu)
guru: apa pulak tak tahu? tanya la bapa kamu. bapa kamu ada di rumah?
murid: tiada cigu.
guru: bapa kamu pegi mana?
murid: dia di rumah bininya.
guru: hah? mamak kamu bukan bininya ka? (sambil guru tersenyum kerana memikirkan murid tak paham maksud bini)
murid: dia di rumah bininya yang satu lagi.
guru: bapa kamu kawen berapa?
murid:2.

*10 adik beradik itu hanya dengan isteri pertama (ibu murid tersebut). ada lagi adik beradik dgn isteri kedua yang taktau berapa orang..