Thursday, November 11, 2010

101110 - sukan aneka

syoq kemarin.
ada sukaneka tahun 6. dan aku dengan ngek nya pi pakai baju kurung. duh! awat tak tau. oh, sebab aku dah basuh kasut sukan power aku yang putih melepak dan simpan dalam kotak dah pun. bersemangat mau pulang. ish, minggu depan saja. yes.
seronok la gelakkan org. ustaz yang menghandle acara nie memang aku tengok dia pun suka sukan. sebelum nie dia penyelaras tahun 6. disebabkan awal2 tahun dulu dia sibuk, jd PK nk lantik aku jd penyelaras tahun 6. waka waka! seb baik cikgu kaunseling nie tawar diri sebab beri kemudahan pada dia utk wat aktiviti kaunseling. dalam hati, alhamdulillah. aku pegang S/U tahun 6 2 tahun la. tak kesah.
tapi, setelah lama2 aku byk rujuk pada ustaz nie utk aktiviti dan secara tidak langsung dia yang aku tulis sebagai timb. penyelaras on paper secara otomatik bertindak sebagai penyelaras. tak kesah la. baguih gitu. semua wat keje sama2. tolong menolong amalan mulia. dan aku pula nampak cam timb. penyelaras merangkap bendahari dan penyelaras sebenarnya jadi S/U. pape je la. janji aktiviti, jalan. 
ada satu sukaneka tu, tiup tepung cari gula2. besa r kan tu? tp yang bestnya, budak2 nie kena basahkan muka dulu. habis la tepung kena muka. apa lagi, gelak la semua di situ.
*sila fokus pada budak laki belakang yg pakai baju biru. Yusrin. budak paling tinggi di sekolah. even aku pakai wedges 5 inches pun dia tinggi lagi.

pastu ada lari sibuta. budak laki kena tutup mata pastu pegang tali yg diberi pada budak pompuan dan budak pompuan bawa diorang lari pusing 2 round.
budak nie, zikrullah namanya. memang nakal. ustaz (yg 'menjadi' penyelaras selalu usik dia, 'nama zikrullah, perangai masya Allah, lama2 inna lillah') dah namanya budak nakal. sengih saja. masa hari last upsr, paper BI lagi tuh, dia pi baling sarang penyengat atas pokok dekat kolam sekolah, terus kena sengat. dengan muka bengkak, sampai aku tak cam dia, dia sengih dan pi jawab exam. aku tanya ok ka? ok cigu! dengan confidentnya.
dalam kes lari buta tu, kebanyakan budak laki nak menang jadi diorang lari terus tanpa pedulikan budak pompuan yang lead. zikrullah nie lari tak brek, terus melanggar dinding dewan. dinding tu daripada zink. memang kuat gila bunyi. semua terkejut. dia terbaring dalam 5 minit. senyap. semua cuak. pastu dia bangun sambil ketawa2 dan berkata, adoi sakitnya!
lepas tu ok balik, sengih2, main permainan lain, dan sebelum jamuan persembahkan nasyid lagi.

*zikrullah adalah lead singer sebelah kiri. baju belang2. selamat berkenalan!

dan aku dengan sukacitanya memberi idea kepada budak2  untuk buat dance performance. sebenarnya ustaz tu yang suruh. hahaha. siap dia assisted aku ajar lagi.


YES. WE DID HAVE LOADS OF FUN!

Sunday, October 17, 2010

171010-bus ride

tiap hari aku g skolah naik public transport iaitu bas atau sebenarnya bukan bas tetapi van. yang di sini dipanggil bas kecik atau van-van. tambang mahal 20 sen dari bas besar (biasa) tapi sampai awal ke destinasinya sebab purata laju bas adalah 80km/j (tak termasuk jalan ke batu putih iaitu jalan ke sekolah ku kerana di situ bus driver akan bawak laju sbb tak banyak kenderaan kecuali pada hari jumaat sebab hari jumaat kurang orang jadi dia bawak lambat-lambat sambil mencari orang untuk naik bas dan kerana laju maka banyaklah anjing-anjing yang mati accident dan aku pernah terlanggar anjing besar dan anjing tu terus mati, well bukan aku yang langgar tapi bas yang kunaiki itu). wah 91 perkataan dalam satu ayat! record.

berbadan agak kecil memudahkan aku insert diri dalam bas. secara jujur aku rasa perkhidmatan bas di sini lebih cekap dari semenanjung. at least better dari perlis. masa maksimum aku tunggu bas di sini ialah 10 minit. selalunya 2 minit cenggitu akan ada bas sudah. jadi penumpang di sini agak kerek la dan boleh pilih bas mana yang diorang akan naik walaupun destinasinya sama sahaja.

walaupun begitu, aku rasa baru 3 kali kot dalam masa 2 tahun menjadi penumpang setia bas di sandakan aku terpaksa berdiri dalam bas. itu bas besar la. kalau van, semua penumpang duduk. sebab bas banyak, jadi tempat duduk selalu ada. aku ingat lagi awal tahun nie, aku di stesen bas bandar mau pulang ke rumah. conductor bas nie dok suruh aku naik bas dia. aku banyak pilihan bas sebab rumahku di tengah-tengah jalan antara bandar ke tempat lain. aku tengok banyak betul orang dalam bas jadi aku pun tanya, 'ada tempat ke?' dia kata ada. aku jawab 'macam tak ada je..' sekali dia bala, 'kalau kau kena berdiri, kau nda paya bayar.' sambil tersengih aku naik, dok wish juga kena berdiri. hehe. ada la pulak tempat.

banyak kisah sebenarnya aku dengan bas di sandakan nie. ada kisah pakcik koboi (pakcik driver yang tua sikit dari bapaku pakai topi koboi bawak bas) yang suka pasang lagu dangdut sedih dalam bas dan poco-poco dan kelajuan dia bawak bas bergantung kepada kelajuan beat lagu. pakcik driver akan tunggu penumpang yang 300m jauhnya dari jalan, berjalan lenggang mak limah ke bas alih2 bila sampai kat bas dia kata tak mau naik. bas akan berhenti exactly di tempat yang nak dituju walaupun tempat tu sebenarnya hanya sekangkang kera dengan tempat perhentian sebelumnya. macam-macam lagila. ada jugak aku dengar kes, ada orang kena raba dalam bas, tapi alhamdulillah pengalaman ku setakat nie semuanya baik-baik belaka. sampai aku pun kadang-kadang merasakan diri sangatla tidak baik kalau nak dibandingkan dengan orang sabah nie. walaupun bahasa di sini agak kasar. contohnya, conductor bas akan jerit, 'makcik, sini kau!' (dengan harapan makcik tu nak naik bas dia). dan makcik tu pun naik.

orang pun banyak tanya kenapa aku tak beli kereta. aku pun pikir, watpe aku nak beli kereta kalau jalan dari rumah ke tempat tunggu bas adalah seminit. tunggu bas 2 minit. pakcik bas kenal aku, aku tak payah tahan bas atau picit loceng untuk turun. belum sempat aku lintas jalan, sudah pakcik tu tunngu aku di seberang jalan untuk naik bas dia. jadi nak watpe kereta? tapi, kalau sakit susah sikit la. itupun, berapa kali sahaja setahun.
kedekut ke? tak de la. praktikal.

Saturday, October 16, 2010

161010 -housemate

sedikit tentang teacher yang dulu suka pakai heels pegi sekolah tai sekarang suka flats sebab selesa dan rasa cam comel sikit, me.

i'm staying with 2 indian housemates. one was my coursemate. ya, yang 6 tahun tu. satu kelas dari 2002 sampai 2008. jadi kalau bosan2 seronok la bergosip cita2 lama. bila cekgu2 di sekolah tanya aku dok ngn sapa, diorang tatau nak wat muka tekejut ke apa sebab housemates aku indians. kan banyak cita/sitkom di malaysia yang tunjuk masyarakat majmuk dok serumah? takde la masalah besar pun. aku semayang macam biasa. baca quran. posa. diorang lebih respect aku daripada sesetengah muslims lain. siap kalau mau kuar lepak soalan pertama yang diorang tanya aku ialah, 'semayang pukul berapa yanti?'

yang paling best kalau time posa tapi takleh posa. hehe. housemate ku la yang menapau fast food. pernah sekali (posa tahun ni la) aku dgn sorang housemate nie g giant. aktiviti hujung minggu. sebab pening dok umah tatau nak watpe, jadi terus la amikbas g giant. 80 sen je tambang sorang. sampai di sana teringinnya aku mau makan pizza. tahu sajala kalau peod tu kalau kepingin makan, kurang sikit la tahap dia dari org mengidam. tapi lebih kurang la. terpaksa la housemate ku yang g masuk order dan aku tunggu d kedai cd. otw balik pun dia yang bawak. hehehe. i love my housemate.

Saturday, August 28, 2010

280810

shut up!!!

terasa mau jerit camtu pada sesape yang buka atau humming lagu raya.
dok di perantauan ni memang sensitip dengar lagu raya.

and the kids, 'kenapa teacher mau balik semenanjung? siapa mau ajar BI kelas tambahan kami?'
aku, 'cikgu xxx kan ada.'
budak, 'TAK MAU!!!'
aku, 'oi! saya nak balik raya la! bukannya saya tak datang sini terus. lepas upsr ada juga saya tu.'

hish..

Friday, August 20, 2010

21082010

emy's bday today. miss her. much. and the other g squares.

rasanya ada yg tak kena dgn kawan aku yang sorang nie. fb nya tiba2 diactivate. blog nya di-private. running away from someone/something?

tak syoq pulak. mcm tak lengkap.

anyway, another two more weeks and i'd be entertained by, Selamat datang ke penerbangan boeing 737 mas.

is the number correct?

whoa!

Sunday, June 27, 2010

270610

sometimes those who are closest to us are the ones that fail to see and understand the actual 'we'.
macam orang tanya kita la, di tempat anda apa yang best? jenjalan mana best? maka jawabnya, kat sini takder yang best pon. besa2 saja. sebab kita selalu ambil mudah dan terlepas pandang pekara yang selalu dekat atau yang kita ada. ask me what's best in sandakan, and i'd say, 'dalam satu hari round sandakan pon habis dah..'. but, try ask penang, one whole day is not enough for me to tell. (i just love penang)

sama juga dengan manusia. bila dah kehilangan baru nak pikir kebaikan sesuatu/seseorang tu. nak buat apa?

Friday, June 11, 2010

120610

hey, it's not that i hate cats. just not fond of it. however, sudah terlanjur 24 jam hidup bersama kucing makes me dislike them (i still think HATE is not the word). imagine, you live with them not stay ya because they carry out different meaning. but for those who are crazy about cats, even the cat's poo still smell nice. that's out of topic. even the moment i'm writing this, there is a cat licking its fur next to my feet.

i cannot. seeing the cat sitting on the same table while you are having breakfast, lunch and dinner waiting for you to feed it/them. wandering at your feet, sleeping next to you while you are watching your favourite movie on your beautiful-and-new-jati couch-but-with-lots-of-cats' fur-on-it. and the fur(s) [if i could add an S to it!] on your shirt, your pants, your jeans, your tudung and you are full of cats' fur when you are lepak-ing with your buddies. and your bras and panties too because you wash them together with those shirts.
and the cats spray like, everywhere.

i miss my mum.