Saturday, March 21, 2009

enjoy!

teylians doing choir at kinabalu park

i love you all


dedicated to naza,mogs,shoba,sarah,reshma,matno,aizu,joon ming. (yang tak pernah lekang membuat aku ketawa sepanjang bersama mereka)

tak perlu kata-kata
ataupun senyum
ataupun sentuhanmu
tetapi dengan mengetahui kau ada di sini
sudah cukup untuk menghidupkan aku
walaupun pandangan matamu untuk orang lain
ketawamu kerana orang ketiga, keempat atau kelima
kehadiranmu memberi aku sebab untuk bernafas
setialah di sisi aku kerana saat ini tak akan berulang

surat untuk ibu



sembah salam pada ibunda tercinta dengan harapan nikmat tuhan akan sentiasa menjadi peneman ibu dalam menghela nafas setiap ketika.
ibu, terlalu sukar untuk dituturkan tetapi aku yang berhutang nyawa denganmu ini memohon seribu kemaafan dan halalkan segala yang telah ku curi secara sedar atau tidak dari zahirmu malah dari batinmu. halalkan setiap titis susu yang aku teguk dari dadamu, setiap airmata yang mengalir kerana sikapku, setiap sendi yang lenguh kerana mengurutku ketika sakit dan tidak pernah merungut walaupun aku mengejutkanmu di tengah malam seraya berkata, ‘mak, sakit perut..’
dan setiap peluh yang mengalir kerana memasak makanan yang menjadi sumber tenaga membenarkan aku berada di mana aku sekarang ini, dan setiap rambut yang gugur kerana bekerja keras membesarkan aku, memikirkan aku, teringatkan aku, risau tentang aku, menelefon aku, bertanyakan khabar ku, setiap inci tentang ku, makananku, kerjaku, bajuku, hidupku dan matiku.
ibu, anakmu ini akan dimiliki orang. tetapi dengan nama tuhan aku masih anakmu yang sentiasa menginginkan pelukanmu dan sentuhan tanganmu ketika aku risau dan sakit. siapalah aku tanpa budimu. siapalah aku tanpa ehsanmu.
seperti yang ibu selalu fikirkan, ya, aku masih lagi anak kecilmu yang merajuk apabila dimarah. yang menangis apabila ditegur. yang tak ada duit setiap kali pulang ke rumah. yang merengek apabila sakit. yang tak boleh bernyawa tanpa kamu.
sentiasa ibu, aku sentiasa anakmu.

Saturday, February 14, 2009

they are right

careful what you wished for cuz you just might get it
that's the lyric of when i grow up by pussycat dolls..and yes i was not careful. when i was doing my practicum i had always wished my posting school would be equipped with whiteboards and lcd in every class as i hate to have to wash my hands due to the dust of the chalk. and the school teachers should support each other and the workloads should always be tolerable. while waiting for the posting i had also calculated my future income and how much could i spend out of it. i knew rm2000++ is never enough for me.
and yes. i mean that was why i have been posted to sabah. my school is equipped with whiteboards and lcd (every class) and the teachers are amazing. i never had major problems in dealing with them and they are so friendly and the workloads are not that tough. and yes my income is more than i expected.
the consequences? i live 2000km away from home and miss my family badly..huhu

Thursday, January 15, 2009

esp utk kawan2ku

cerita ini tidak sama tanpa kau dan aku
tajuknya akan berubah
gambar depannya juga
wataknya
perwatakannya
aku tidak mahu
sebolehnya namamu harus ada di setiap mukasurat
di baris helaian
memberi makna kegembiraan
makna kehidupan
susah untuk balik patah
malah mustahil
mungkin aku masih tersekat di halaman ini
tapi sebagai kawan adakah kau juga disini?

rumit

senyumnya hanya di sebalik tabir
yang terlalu indah untuk disembunyikan
yang menjadi kegilaan bidadari syurga
senyaman sinar mentari dhuha
selembut sutera dara
hatinya terlalu rapuh atau terlalu keras
aku tidak tahu
mungkin hanya keyakinan yang menbuatnya bertahan
sehingga ke akhir saat

2131, 150109

Thursday, January 1, 2009

tetap

aku tak mau tidur
supaya esok tidak datang
supaya aku tak perlu berus gigi
dan mandi
dan memakai baju yang dikhaskan untuk berjalan-jalan sahaja
dan menaiki kereta bersama orang kesayanganku
dan menuju ke tempat yang dahulunya aku sukai tapi saat ini tidak lagi
dan mereka meninggalkan aku di situ
kemudian aku meninggalkan mereka

dan tidak ada suara lagi mengejutkan aku pagi-pagi
dan tidak ada lagi kawan bermain game
dan tidak ada yang menghantar dan meneman aku jalan-jalan
dan ketawa denganku
dan memukul aku
dan menggembirakan hati aku

tapi ketika ini
aku bersama suara cengkerik di rumput luar
orang kesayanganku sudah berada di dunia mereka
aku tetap kena pejamkan mata
untuk melakukan perkara yang paling aku tidak inginkan

1155,020109